Percaya?

Pada orang?

Tak payahlah. Memilih sedikit tidak mengapa.
Pengharapan pada manusia ini kebanyakannya berakhir dengan kekecewaan.

Percaya pada Dia?

Always.

Serahkan pada Dia.
Gantung pada Dia, dan every magic akan datang dengan sendiri.
Sebab yang kita paut itu adalah eternal.
Forever.

Apabila kau tersepit, rayulah pada Dia.
Apabila tersentak, ingatlah Dia.
Apabila sendu, titipkan warkah pilu pada Dia.
Nanti dah gembira, jangan pula lupa Dia.

Sangka baik, walaupun sukar.

Bersangka baik ini sebenarnya bukanlah cuba memenangkan selain diri dan anggapan.
Tetapi kalau dicongak pada manfaat secara holistiknya, yang mendapat, ialah kau.
Bersangka baik ini menenangkan diri sendiri.
Buat kau rasa marah itu bukan keperluan.
Membuat kau yakin pada yang di atas sana.
Dia tak membiarkan kau.
Tak percaya?

Apabila sulit, apabila dianiaya, apabila marah, cuba kau bersangka baik dan dalam masa
yang sama, serahkan urusan itu 100% pada Allah.
Gapai kau hanya seinci.
Judgment kau hanya pada permukaan sahaja.
Apa yang ada disebalik dinding pun kau tak boleh teka.
Inikan pula hati manusia dan ujian Allah.

Hidup ini memang untuk diduga.
Ingat kampung akhirat, in shaa Allah akan sedar tujuan hidup.
Bila ingat tujuan hidup, in shaa Allah mampu redha.
Lagipun Allah kan dah bilang, ujian Dia setimpal dengan kemampuan hambaNya.
Sabarlah (walaupun kau dah naik menyampah dengar perkataan ini).
Cepat atau lambat, pasti Allah akan kirim ganjarannya.

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D