Masalah.





“Allah jadikan kegelapan sebab nak bagi kita nampak bintang.”


Aku admire dengan analogi yang sebegini. Buat aku terfikir, buat aku tersedar.
Bukan semua masalah kita nampak jalan buntu. Selalunya kita suka bebankan
diri sendiri dengan masalah, sedangkan masalah itu sendiri merupakan
penyelesaian kekusutan yang kita alami.

Jarang, kita dengar orang lihat masalah sebagai penyelesaian.

Kadang-kadang, kita dengar orang lihat masalah sebagai satu pengajaran.

Selalu, kita dengar orang anggap masalah sebagai beban.

Kita yang membuat pilihan.
Sama ada mahu menganggap gelap itu ketakutan atau penunjuk jalan.

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D