Bercinta.

Bercinta ni sebenarnya penat. Setiap masa kau juggling dengan emosi, setiap masa kau macam tengah naik roller coaster emosi, kau tak mampu nak kawal hormon-hormon miang membiak dalam badan kau, kau tak mampu nak kawal hati daripada tak rasa, tak mampu daripada kawal ingatan daripada berfikir, yang kau mampukan cumalah mengawal diri - kawal perasaan - kawal imaginasi - kawal ingatan - kawal perbuatan - kawal perkataan.

Kena banyak guna otak untuk bertindakbalas. Bercinta ni yang buat kau letih sangat bukan sebab partner kau, atau orang sekeliling, tapi diri sendiri. Anggapan kau, persepsi kau, andaian kau. Setiap masa kau bertarung dengan diri *ching ching bunyi pedang light saber*.

Sumpah penat. Macam komputer kau kena serang Trojan, lepastu kau pun dah cuba buat macam-macam tapi tak bijaksana sangat pasal komputer, ultimate solution kau apa lagi, format lerrr. Masalah besarnya bila kau lupa (lupa sounds nice banding dengan tak tahu) nak freeze kan restore point kau. Jadi bila kau format semula, virus Trojan tu dah duk melekap kat restore point kau, maka bermulalah kembali sesi meletihkan tu. Hesh, komputer masuk virus bikin exhausted kot! Ke aku je? 

Perit betul rasa sunyi ni kan?

(Lempang muka secara imaginasi)

Perit gila rasa macam serba tak keruan, rasa macam ada satu lompong kat hati kau kena korek. Woi sape korek ni tolong tambak balik lah woi!

After all, dalam percintaan ni, manusia mendambakan penjelasan. Dan sekiranya ada penjelasan, manusia harapkan validity. Apabila perbuatan berkontradiksi dengan kenyataan, logik akal kau tak mampu nak cerna, weh apa ni weh? Apa ni kata cinta kat aku, hanya aku yang memahamimu, tapi dok cari orang baru? Bila kau dah move on, dia dok sondol kau, taburi berjuta hints bahawa aku masih cintakanmu gitew. Bila kau open the door, dia lari ke rebound love dia tu.

Did you know that game? 

I know. Been there, done that. 
Susah bercinta dengan manusia yang keliru, tak tahu apa yang dia nak. Meskipun dia seorang yang sangat baik, fun to be with, sangat serasi dengan jiwa kau, tapi dia tak boleh nak decide mana yang lebih compatible dengan dia untuk hadap hidup bersama, tak berani nak buat keputusan, tak berani nak melepaskan, tamaklah bahasa kasarnya. We are only human after all, bila ada option, jadi tamak. Even tak ada option pun, kita suka create dengan momokkan "entah-entah ada orang lain yang lebih baik daripada yang ini". Bukan tak boleh, of course la kita nak yang terbaik untuk diri, tetapi bermain tarik tali? Nah, bermain dengan perasaan?

Selfish sangat.
Zalim.

Kadang-kadang kau sendiri jadi bingung, dia sayang aku ke tak ni? Apa yang tak kena dengan aku? Apa kurangnya aku sampai dia teragak-agak? Should I wait? Ah, move on lah, tapi dia bagi signal lain macam je. Mungkin dia tengah confuse, okay aku tunggulah, eh what if kalau aku je yang rasa macam tu, esok dia tak ingin kat aku, yang menderita aku juga. Okay, put on my moving-on shoes, I'm ready to run, then he tapped me on my shoulder. Don't leave me, please. Saya merayu jangan buang saya. Please please please...

What the...

Bila kau cuba bincang apa sebenarnya yang dia nak, dia pun tak tahu. Bila kau tanya sesuatu, dia tak nak jawab, bila kau minta dia jelaskan, dia just left you hanging macam tu je. Ya, ya, ada perkara memang tak boleh nak dijelaskan. Meskipun kau sayang dia, kau cuma manusia biasa yang tak menang oleh rasa tertolak, kau tak nak diri kau dimanipulasikan, kau tak nak diri kau jadi option sesiapa, kau nak jadi the only one. Kau nak diri kau disayangi secara total.

Ni bukan soal pride, waktu macam ni, walaupun kau rendahkan ego dan maruah kau, cuba nak jernihkan keadaan, cuba nak dapatkan kepastian, pihak yang lagi satu tu takkan pandang semua tu. Dah takde belas dah wa cakap. Berapa kali dah ni? Ya, sudahlah. Kali terakhir takkan tercapai selagi kau tak letak noktah. Lagipun, secara jujurnya kau takkan jadi lebih tenang pun, malah kalau dia beri kau jawapan, kau mungkin tak boleh terima (sebab hints dan memories dengan dia kuat mendukung apa yang kau rasa sepatutnya dia jawab), ataupun selepas satu jawapan tu, akan muncul lagi banyak persoalan lain. Tak akan berhenti. Penderitaan macam ni memang mengambil masa untuk hempuk diri kita terima kenyataan yang dia bukan untuk kita. Tak mustahil makan masa bertahun-tahun untuk cuba waraskan akal fikiran dan berlembut dengan diri bahawa 'tak semua perkara boleh direlevankan dengan menggunakan logik manusia yang terhad ni'. Take your time, tak perlu tergesa-gesa, tak ada guna menipu diri konon kau kuat hakikatnya kau belum lagi pulih, and darling, please stop giving him chances untuk terus-teruskan menambah kekeliruan yang sedia ada ni. Bertahanlah sementara Mr Tepat tersesat sebab baca map terbalik, old school nyaaa pakai map. Okay, Waze direct dia ke lokasi salah. Bersabar tau. Allah menduga kita supaya kita menjadi lebih baik lantas layak menerima yang jauh lebih elok daripada yang kita sangkakan.

Aku bukan jenis yang mudah didorong sepi. Orang pun tau aku ni baka duduk dalam kotak. Congokkan aku tanpa ada sesiapa pun aku boleh lalui hari dengan termenung layan diri imaginasi, tiba-tiba mengadu sepi, menderita sunyi, serius aku rasa ada sistem corrupted dalam diri aku. Maka dengan ini proses pembetulan akan bermula. 

Dan kalau kau melukai/dilukai seseorang, walaupun kau boleh move on, ada masa kau akan tenggelam dengan kesan perbuatan tu. Itu aku pasti.

Untuk diri sendiri, semoga terus tabah dan diberikan kekuatan :)

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D