Picture taken from:
it has been two years, eight months and 15 days since you left akak.
Waktu akak nak tulis entry blog ni, akak tengok jam dah pukul 4.20 pagi. Mata tak nak lelap. Lately akak susah betul nak tidur. Banyak berfikir agaknya. Petang tadi akak mimpi Min. Pertama kali akak mimpi Min. Pelik kan, Min? Kita dua tak pernah jumpa, hanya pernah cakap melalui telefon. Itu saja. Itu pun jarang sangat kita berhubung. Tapi tiba-tiba akak mimpi awak. Masa dalam mimpi tadi, awak senyum je kat akak. Jadi betullah awak pernah cakap dekat akak yang awak seorang yang periang. Min, kenapa tiba-tiba awak muncul dalam mimpi akak? Awak buat akak rasa bersalah sangat. Akak ingat lagi masa awak tanya akak bila kita nak jumpa. Tapi akak cakap tak tahu, maybe one fine day. But then, there is no 'one fine day' anymore. Min, apa akak nak buat ni? Akak tak sempat jumpa awak. Mungkin bukan takdir akak nak jumpa awak. Awak tak marah akak kan? Sebab tadi masa awak datang dalam mimpi akak, awak senyum je :')
Min,
tiba-tiba akak rindu sangat dekat Min. Akak rindu Min. Rindu sangat-sangat. Setengah mati merindukanmu. Kalah orang bercinta. Akak rasa orang angau pun tak macam ni. Akak punya la rindu awak sampai tahap dah pegang phone nak contact awak tadi sebab seingat akak, memang akak masih simpan contact number awak. When reality hits me hard in the face, then I realized that you are gone. You are not with me anymore. You are going to a better place. Allah loves you more. Min nak tahu tak, benda paling pedih sekali bila tengok gambar whatsapp yang tertulis nama "Yasmin" itu bukan lagi gambar awak. Payahnya nak terima hakikat. Payahnya nak terima kenyataan yang seorang Yasmin dah tak ada lagi kat dunia ni. Gadis periang akak dah tak ada :(
To Uncle Johan and Aunty Saz,
be strong. I know both of you sangat kuat. Kita manusia. Ujian tu macam roda. Tanpa henti. Ujian itu akan terus mengelilingi. Kita akan diuji dan terus diuji, teruslah bersabar duhai pengejar cinta Ilahi. Makin Allah uji, makin Allah mencintai. Kata cinta kepadaNya, maka buktikanlah cinta itu dengan akur pada setiap takdiranNya. Anda berdua ibu bapa paling tabah yang pernah saya kenal :')
picture taken from:
Min nak tahu tak? Akak nangis bila baca apa yang ayah Min tulis pasal Min. Ya Allah, I just can't. Tak tahu nak describe macam mana perasaan Uncle Johan. Be strong, Uncle. Saya hanya dapat berdoa dari jauh supaya Uncle dan Aunty terus diberikan kekuatan.
Jika ada suara-suara yang bertanya kepada akak,
"Apa istimewanya seorang Yasmin?"
Akak akan jawab,
"Gadis hebat yang memberi impak besar untuk kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah".
Min,
semoga berbahagia di sana. Suatu hari nanti, akak juga akan menyusul awak ke sana. Hidup ini tak lama. Dunia hanya tempat persinggahan kita sahaja. Insha Allah, kalau ada masa, akak akan pergi melawat awak suatu hari nanti.
Doa akak akan sentiasa mengiringimu, sayang.
Al-Fatihah
Yasmin binti Johan Eusoffe Hunwick Abdullah
22/2/1995 - 3/6/2012
No comments :
Post a Comment
Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D