Adalah sangat mengagumkan bagaimana perempuan-perempuan cantik
itu berjaya menguasai manusia. Datang dekat-dekat, terus melekat.
Tarik perhatian sana sini, terus jadi tumpuan. Mengumpan tanpa umpan
pun masih ada mangsa boleh terpancing. Buat muka simpati, terus raih
belas. Sepintas karyakan fitnah, terus didengar bulat-bulat. Dicanang
satu daerah, terus mulut-mulut laju salirkan, tenggelam dunia bergema
dengan cerita fiksyen dia. Sangat ternganga mulut bila kepercayaan
yang perempuan-perempuan cantik ini raih, terlalu mudah, mungkin
kerana paras rupa mereka berjaya menjadi kupon diskaun untuk
mendapatkan rasa yakin manusia, biarpun sebut mereka tak pernah
betul sama sekali, tapi apa salahnya kan percaya pada perempuan
cantik? Sekurang-kurangnya, kalau nak dikata bengap pun, diperdaya
wanita cantik. Paling teruk kau kena bahan pun, "Oh, patutlah kau
tertipu, perempuan tu cun gila." Cuba yang perdayakan kau tu
perempuan-perempuan jongang, perempuan-perempuan yang memiliki
paras bukan kelas pertama, perempuan-perempuan asli standard biasa-
biasa sahaja yang kau hanya berminat untuk dibuntingkan dan lari
serta merta, perempuan-perempuan yang cuma ada hati untuk
dipersembahkan, bukan halwa mata yang mampu buat kaki kau tak
jejak dunia, mesti perempuan-perempuan hodoh tu kau kata gunakan
guna-guna pada kau, dan segala cacimaki kau santapkan pada dia.
Bukan kau yang bodoh, tak, tak sama sekali, yang jahatnya dia, yang
iblisnya dia, yang ifritnya dia, iya, dialah si syaitan yang terlepas dari
neraka tingkat terakhir, keluar untuk memperdayakan kau. Bukan salah
kau terbodoh, kau lemah tak berdaya, dan si perempuan hodoh si iblis
itulah yang berdosa. Alahai perempuan-perempuan cantik, dunia ini
memang dalam genggaman kau.
Perempuan-perempuan cantik 'itu',
Macam mana comel pun kau sekali pun, super up to date sampai
fesyen yang terpaksa kejar kau, wangi dan sentiasa nampak sedap,
bayang-bayang kau tetap hitam. Syurga kau, Syurga aku. Neraka kau,
Neraka aku juga. Tak adanya perempuan cantik masuk Neraka sebelah
sana, perempuan hodoh masuk yang di hujung sana. Hati kau, hati aku
juga. Lemah kau, lemah aku juga. Naif kau, naif aku. Licik kau, licik aku
juga. Apa fitrah kita yang tak terbaca, apa yang tak terfaham? Tunjuk.
Tinggalnya yang membezakan kita adalah kesanggupan. Sanggup
menggunakan apa yang ada, tipu muslihat berjela, untuk memangkah
orang. Sanggup sampaikan niat jahat dalam hati yang sepatutnya
takkan tersanggup.
Perempuan cantik, apa guna cantik luar kalau dalam macam bangkai? Apa
guna bibir cantik kalau setakat untuk sebar fitnah, dan menjala amarah?
Sebab kau fikir apa kau kata akan jadi benar belaka pada telinga mereka,
mudahlah kau berdrama?
Perempuan cantik yang lame. Perempuan cantik yang loser. Kita tak berkait,
tapi kenapa kau buat cerita? Nak jadi storyteller ye? Alololo. Tinggi cita-cita
kau. Kalau kita watak yang berkait, tak adalah aku rasa ralat sangat, ini kita
macam err, kita kenal? Pelik betul. Tak cukup lagi ke watak pembantu dalam
hidup kau yang boleh tolong emphasis watak angelic kau? Dunia kita dah ada
separation. Kenapalah kau nak semak-samun nak seret aku jalan atas path
kau? Tak cukup lagi ke spotlight atas kepala kau tu? Cakap kau sentiasa
didengar. Kau sentiasa dipedulikan. Rajuk kau sentiasa terpujuk. Tak cukup
lagi? Tamaknya la.Tak elok tau, nanti jadi macam anjing dengan bayang-
bayang. Eh, tak cakap pun kau anjing ,kau mana boleh menyalak kan? Atau
pun kau rasa kau tak layak jadi loser, dan kau nak aku replace tempat kau?
Ala cakap jelah, kenapa nak guna taktik-taktik keji ni? Lecehlah. Bazir masa
je tau.
Suatu hari nanti kau akan rasa, betapa mahalnya rasa sakit yang kau beri.
Suatu hari nanti kau akan rasa betapa mahalnya rasa percaya. Suatu hari
nanti, kau akan tahu betapa cantiknya kau tak bernilai satu rupiah sekali
pun. Selagi mulut kau ada, gunalah. Cakap sampai bisu. Aku tahu, ada
telinga yang sanggup pekak mendengarnya, asalkan kau masih mampu
membutakan mata dia.
Aku tak cemburu dengan perempuan-perempuan cantik 'tu',
Cuma aku rasa,
Kasihan sangat.
Ish. Ish. Ish.
Sabarlah, memang susah jadi perempuan cantik. Aku tengok pun dah boleh
rasa. Biasalah, naluri wanita. Ada rasa.
*Geli*
eh adik uia lahhh :D terus follow. nampak sgt semangat assobiah yang tinggi ^_^V , btw , akak suka entry adik yang ni..suatu perkongsian yang baik :D sokong 80puluh peratus! janganlah kita tergolong dlm jembalang-jembalang itu. kannnn, dah terpanjang pulak entry! hihihi
ReplyDeletehey nice entry to read..
ReplyDelete