Merajuk dipujuk.
Syukurlah, masih ada yang sudi terima.
Syukurlah, masih ada yang sudi sayang.
Syukurlah, masih ada rasa sisa cinta.
Syukurlah, kau masih punya semua.
Buanglah, rasa benci hina.
Buanglah, rasa dengki segala.
Buanglah, rasa tamak haloba.
Buanglah, kalau kau mahu semua.
Tak perlu takut, sayang.
Cinta Dia, untuk engkau.
Cinta Dia, tanpa berat sebelah.
Cinta Dia, takkan beralih arah.
Selagi teguh kukuh cintamu pada-Nya.
Lelaki/Perempuan itu.
Dia, tak sehebat mana.
Dia, kurang sini sana.
Dia, tiada kuasa.
Dia, miang tak semena.
Tapi bersyukurlah.
Kerana dia sudi terima.
Kerana dia sudi membela.
Kerana dia sudi jadi penawar duka.
Kerana dia sudi jadi badut buat kau gembira.
Kau sedih, kerana kau memilih.
Kau mencuka, kerana kau mahu dia sempurna.
Kau tamak.
Itu yang aku nak kata.
Kerana kau nampak cela disebalik rendahnya jiwa dia.
Jangan tamak sayang.
Tok nenek kan dah pesan.
Orang tamak selalu rugi.
Syukurlah apa yang telah kau perolehi sehingga kini.
keys off ~
as.da.name.given :)
No comments :
Post a Comment
Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D