Jika Tertampar.
Jika tertampar, jangan mengaduh. Jika tercuit jangan cepat melatah.
Kau akan tahu dunia ini tidak kejam sebenarnya.
Mengekspretasikan dunia di bawah satu lembayung kehidupan itu tidak
semudah yang disangkakan. Ada kalanya ia salah ditafsir. Adakalanya
terus menjunam ke lubuk yang terdalam. Aku tertiarap semalam. Di
ceruk yang aku reka sendiri. Di ceruk yang aku rasakan basi dengan noda.
Lantas mahu mengejar yang dipanggil menghilangkan-akal-di-balik-
keseronokan. Namun aku sedar yang ia tidak memberi apa-apa manfaat
tapi mendatangkan natijah. Buntu?

Kali ini serius aku cemburu. Cemburu dengan kehidupan orang lain yang
terus mengikut alunan dan aliran masing-masing. Sedang aku? Tersangkut
di perdu pokok menunggu diselamatkan dan dilepaskan. Sedang malam
hampir kelam. Sedang siang hampir menjelma. Setiap kali hujan aku
kebasahan. Setiap kali kemarau aku ke-kontangan. Sendirian. Tanpa
teman.

Sombong itu aku. Bukan. Ada makhluk Tuhan mengatakan aku takut
untuk keluar dari kepompong keselesaan aku. Takut untuk berdepan
dengan dunia sebenar. Bacul. Hati ini mati bukan sekali. Sudah berkali-
kali ia bernanah melemparkan hawar busuknya ke insan lain. Aku masih
mengenang memori semalam nampaknya.

Pathetic.
Aku manusia. Seorang perempuan berhati jantan. Mengaku kental namun
hati bak pasir basah. Nampak teguh namun rapuh. Aku selitkan keberanian
dalam setiap perlakuan. Aku didik hatiku untuk bersikap satria di balik
sutera. Aku canangkan kegagahan. Namun aku seringkali tewas. Bermadah
memang mudah. Merasa? Aku yang terseksa. Sendiri.

"Jangan ingat saya selembut yang awak sangkakan."
Ayat kebiasaan menunjukkan keperkasaan. Bukan sekali aku katakan. Pada
mereka di luar sana aku khabarkan. Nah, lihat saja gaya jalan sepahku.
Ramai yang tahu aku memang bukan wanita lembut. Fake. Hakikatnya aku
takut dengan insan bernama Adam. Takut jika hatiku terobek sekali lagi.
Takut dan Paranoid.

keys off ~
as.da.name.given :)
Be strong Dior
ReplyDelete