Merancang untuk tidak merancang.


Kita sebagai manusia sebenarnya memang tak dapat lari daripada 
merancang . Kita merancang macam macam benda . Dari merancang 
nak makan apa sampai merancang nak dapat anak berapa . Okay , itu 
normal . Bak kata omputeh , if yu fel tu plen , yu plen tu fel . Aku 
ringkaskan maksud dia , kalau kita gagal untuk merancang , kita 
merancang untuk gagal . Tapi , bila perancangan kita menemui 
kegagalan , kita cenderung untuk bersedih bukan ? Sebab kita selalu 
lupa yang menjayakan rancangan kita tu bukan datang daripada usaha kita 
semata , tapi jugak daripada izin-Nya . Itu yang kita sering sangat lupa . 
Bila aku maksudkan kita , aku masukkan diri aku sekali .

Tapi , kekadang kita banyak jugak tak merancang . Bila benda berlaku tanpa 
dirancang , benda tersebut boleh dipanggil spontan . Misalnya , kau dengan 
kawan kau tengah berborak pasal teknologi . Sekali kawan kau lagi sorang 
cakap pasal mangkuk . Dan kawan kau lagi sorang dengan spontannya boleh 
menghasilkan ayat , "A'ah . teknologi sekarang kan dah mangkuk" 
Nampak tak aku tulis spontan tadi ? Ya , maknanya ia betul betul spontan dan 
korang akan terus gelak sebab benda benda spontan ni banyak yang lawak . 
Sebab tu ada gameshow yang mengumpulkan pelawak diberi nama spontan .


Cuma , kadang kadang bila maksud yang kau cuba nak sampaikan dalam 
keadaan yang tak dirancang tersebut disalah tafsir dan menyebabkan ada 
yang berkecil hati , mesti perkara tersebut bawak sampai ke mati . Macam aku 
sekarang . Ya , macam-aku-sekarang . Yang taktau nak luah kat sape , yang 
taktau nak terangkan semula pada orang yang berkenaan macam mana , dan 
yang taktau apa yang aku tulis pon sebenarnya . Carutan tamat . Sekian .

keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket