10 cara untuk meraih rasa 
hormat perempuan.


Hi Jejaka Jejaka Idaman Malaya sekalian , gua ada cara untuk anda raih rasa 
hormat perempuan . Senang tu tak la senang . But , if you have better ways ,
then it will be fine . Oh ya , by the way , ini cara aku . Pendapat aku .  Kalau nak ,
ambik . Kalau taknak , jangan condemn . 

1. Tinggalkan dia dalam ruang dia sendiri . Apa aku maksudkan kat sini , apabila
dia perlukan masa untuk berseorangan , please , faham dia . Jangan terlalu
memaksa . Jangan terlalu mendesak .

2. Jangan memanipulasi sayang dia dengan nafsu kau yang satu tu . Kau gila apa ?
Tunggu dia jadi bini kau dulu ah kalau nak ambik kesempatan lebih lebih pon . 

3. Redhai kecacatcelaan dia . Jangan terlalu mencari kesempurnaan . Kelak kau 
takkan bahagia . Perfectionist ? Homaigod . Go to the hell with that word . It sucks
okay . 

4. Terima family dia , kekurangan dia and yang paling penting , diri dia SEADANYA .

5. Jangan condemn kelemahan diri dia . Kenapa kau gunakan alasan , kononnya nak
'SEHIDUP SEMATI' dengan dia sedangkan mulut kau hanya tahu condemn pasal
kelemahan dia ? Oh guys , please not .

6. Bila kau bercakap , jangan tinggi suara boleh ? Suara kau bila tengking or marah , 
kalah bunyi jet pejuang . Sumpah boleh pekak doe . "Tapi dia buat salah , takkan 
takboleh tegur kot ?" Boleh , sape cakap takboleh tegur .  Tapi takde cara yang 
berhemah sikit ke ? Kalau iye pon nak menegur , perlu ke tengking tengking ? Ingat ,
dia bukan BINTANG PELIHARAAN kau la . Cakap elok elok sikit boleh en .

7. Ini yang paling penting . Belum kahwin lagi , tapi kaki tangan dah naik ? Apa cerita
ni ? Kau nak perempuan hormat kau , tapi kau sendiri tak tahu nak hormat dia ? 
Belum lagi jadi SUAMI YANG SAH , dah keluar perangai tak berguna kau tu . Please 
don't do this guys . You just make girl hurt and yeah , they will hate you . MAYBE .

8. Don't take us for granted . Kalau kau betul sayang dia , jaga hati dia . Jaga 
perasaan dia . Jangan hanya tahu ambik kesempatan je . 

9. Jika bernilai sebuah hubungan , hargai ia dengan keikhlasan . Yes . Ikhlaskan hati 
kau , wahai sang lelaki . Jika kau betul nak hidup dengan dia , pedulikan tentang rupa
paras . Trust me , kalau hati dah sayang , semua tu dah tak penting . JANGAN 
BIARKAN KEKASIH KAU TINGGALKAN KAU UNTUK LELAKI YANG HOT . Haha . Apa 
buat muka tersentap ? Go to the toilet , iddy . Tunam muka dalam lubang jamban .

10. JANGAN BERLAGAK . Yes . I meant it . Kau ingat , dengan duit kau yang riban 
riban tu , semua perempuan nak kat kau ? Kau ingat , dengan muka kau yang hot +
hengsem tu , semua perempuan boleh tengok kau sampai silau silau mata ? HAHA .
No dude . Big NO . Kau silap kalau kau fikir macam tu . Takkanlah kau spesis 9 akal
1 nafsu takboleh nak fikirkan semua ni . 

Oh ya , FYI , aku tak cakap SEMUA perempuan macam ni . Depends la perempuan
macam mana yang kau jumpa . As I mentioned above , this is my opinion . So , 
takpayah nak judge bagai okay .

P/S : Guys , Kau dapat apa kau nak . Kau nak yang cantik , dapatlah yang cantik . 
Tengoklah muka dia sampai kenyang . Harap harap kau tak mati kebulur . Kau nak 
yang kaya , kayalah yang kau dapat . Tapi jangan nak ralatlah kalau kau tu cumalah 
berada kat tempat kedua je . Iyelah , kau bukan nak yang setia , kau nak yang kaya 
kan ? Habis tu kenapa nak melenting bila dia mendua ? Tamak gila ah kau ni .

Peace yo ! ^.^

keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket