Bukan namanya hidup 
kalau senang sentiasa.



Dalam hidup manusia , pelbagai perkara berlaku dan terjadi . Kehidupan manusia 
terbina dengan kesenangan , kepayahan , kedukaan , kegembiraan dan 1001 
macam perasaan serta situasi . Kehidupan kita sebagai manusia turut juga 
dilengkapi dengan kehadiran manusia lain di dalamnya . Ibu , ayah , suami , isteri ,
anak anak , kawan kawan , musuh dan sebagainya . Semestinya Allah juga telah
melengkapkan kehidupan seseorang manusia itu dengan akidahnya , pegangannya 
serta kefahamannya .

Namun , kehidupan yang bagaimanakah kita mahukan ?

Semua manusia mahukan kehidupan yang ideal . Mudah , senang dan gembira . 
Tiada siapa yang ingin berduka , susah ataupun payah . Namun , fitrah kehidupan ,
tiada yang 100% berjalan mengikut apa yang kita mahu . Teringat saya akan bicara 
seorang kawan :

"Kita ni Nisah , bukan semua yang kita mahu kita boleh dapat ."

Kalau kita tidak memahami Matematik , apakah mungkin kita akan mampu menjawab 
soalan soalannya ? Begitu jugalah kehidupan . Jika kita tidak memahami fitrah
kehidupan , cara cara untuk mengharunginya , pastinya kita tidak akan mampu
merentasi kehidupan ini dengan baik .

Ketahuilah bahawa kehidupan kita ini adalah medan untuk kita membina akhirat kita
kelak . Allah hanya mengurniakan kita ikhtiar semasa kehidupan kita kali ini . Dalam
versi kehidupan di akhirat nanti , tiada lagi ikhtiar yang diberikan , yang ada hanya 
la balasan semata mata . Jadi , kita hendaklah menggunakan peluang yang ada ketika 
berada di dunia sementara ini bagi mencorak kehidupan akhirat yang indah serta kekal
selama lamanya .

Sememangnya manusia itu diberi kekuatan untuk membina kehidupannya . Aku pasti ,
ramai yang menginginkan suatu pengakhiran kehidupan yang baik , sempurna dan 
sentiasa dalam rahmat Allah SWT . 

P/S : InsyaAllah , orang yang hati kering dan hati batu pon masih ada harapan untuk 
mencari rahmat Allah sebenarnya . Jadi , jangan risau atau sedih . Rahmat Allah ada 
di mana mana . Kita hanya perlu teruskan usaha kita untuk mencari :)

keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D