Bukan emosional , tapi beremosi.


Hidup suka hempas kau berkali kali . Bayangkan kau bayi , letaknya 
di pesisir pantai . Tempat ombak membuli . Kau baru nak duduk tegak , 
ombak datang lempang muka . Terteguk air masin sampai tersedak . 
Belum sempat nak hilang mencungap , ombak datang tolak kau . Baru 
nak rasa selamat dapat cium pasir , dia tarik kau sampai kau dah tak 
kenal mana patut kaki kau letak , mana kepala kau patut tegak . Kau 
bayi . Hopeless . Nak berenang tak mampu . Nak mintak tolong cuma 
mampu melalak minta belas ehsan dewasa . Selebihnya , kau bergelut 
sendiri . Dalam kabut macam tu , jangan cakap kau fikir esok lusa kau 
akan jadi doktor . Sebab yang kau nampak kubur , kan ?

Bila semangat kau hilang , hidup terasa dianaktirikan perasaan sendiri , 
terbayang semua memori yang datang tayang gigi nak gigit kau , nak 
melangkah , kaki tertambat dengan rasa takut , come on , bohonglah 
kalau kau tak pernah rasa hilang diri . Mungkin kau terlalu bertuah , 
mungkin kau itu manusia yang hidup ada orang kipas , hidup yang 
cuma perlu panjang telunjuk je , hidup yang kelilingnya ada berjuta 
tangan tak lepas , hidup yang sentiasa dijulang , dan sentiasa suam 
suam selesa dalam selimut mewah , walaupun kemewahan tu bukan 
kau punya , kau memang luar biasa . Selalu aku terfikir , macam mana 
Tuhan atur bahagian setiap produk dia ? Tapi aku suka fikir sekerat . 
Sebab aku tahu , akal tak cukup panjang , seram kalau sesat sendiri . 
Tapi tak apa , lupakan tentang itu .

Ada orang tak pernah ingin nak peduli sisi lain sebenar orang yang dia 
tahu . Dia malas nak ambil peduli . Tapi kalau orang tak bersikap deep 
dengan dia , pandai nak melenting cakap tak reti nak memahami . Alahai . 
Ada yang senang telus bila bab gembira , tapi bab gelap , dia senyap , 
tampal muka bahagia padahal bau terseksa menusuk hidung . Nak soal , 
dia tak mahu jawab . Disoal , dia menyoal . Tak soal , dia pangkah kata 
kita tak soal . Kita nak tahu , walaupun tak berkait , tapi tu tanda caring , 
appreciate lah sikit . Ada yang aku nampak , muka kusut habis , bila soal 
gelak panjang panjang . Lama lama buka cerita . See , kau lebih tenang 
kan ? Walaupun telinga yang ada cuma mampu dengar , tapi satu yang 
kau tak mungkin dengar , iaitu bunyi bunyi hati mereka gemersik mendoakan 
yang baik baik untuk kau . Itu pertolongan yang terbaik kan ?

Spesis yang lainnya , kau tengok muka dia tenang , tapi hati berkabut . 
Terkesan pun sebab kau ternampak kata dia dalam semacam . Ada orang 
kepala kerut kerut bila tak ada wang . Ada wang pun makin dalam kerut 
pada dahi . Yang sanggup tarah poket yang lain untuk gembirakan diri , 
sambil hulurkan kasih , kononnya . Alahai . Siapa kata wang tak mampu 
beli kasih sayang ? Lantak . Bermainlah kau selagi kasih kau ada harga . 
Ada orang gelak meriah semacam . Tuang keji bertimba timba macam tak 
laku . Simbah kata caci , kau tengok dia kalis . Dinding , kau tujah dia 
guna paku bertubi tubi , berlekuk jugak dia . Tapi kau tak ingin nak peduli . 
Yang kau nak , kata kau boleh lurutkan semangat dia sampai tinggal separas 
buku lali . Kau peduli apa kalau dia mati sekalipun . Yang penting , kau puas 
hati .

Terfikir ,

Aku sedang menggambarkan siapa ? Sungguh tak ada wajah lekap pada otak . 
Semua kata , kata terlepas . Malas nak kedap .


Terfikir lagi ,




Apa rasa teguk air mata orang lain ? Manis kot . Eh , kau tak takut kena 
diabetis ke ?


keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket