Peringatan Untuk Diri Sendiri.

Dulu dulu suka jugaklah nak bagitau semua orang apa aku 
nak buat dan aku nak pergi mana dekat status FB . 
Lama lama rasa annoying dengan diri sendiri . Rasa macam 
'apahal aku nak bagitau dekat semua orang apa aku 
nak buat dan mana aku nak pergi sedangkan orang 
yang wajib tau adalah bakal suami aku je ?'

Aku sumpah tak kisah bila orang lain nak bagitau apa dia 
nak buat dan mana dia pergi atau barang apa dia baru beli 
atau dia ada barang apa yang orang lain tak ada . Cuma bila 
kekerapan sering berlaku , ia akan bertukar jadi menjengkelkan .

Memang orang itu takde masalah dengan aku tapi aku rasa 
ada setengah hal yang patut kita simpan dan rahsiakan 
untuk diri sendiri dan orang orang terdekat .

Kita tak tau siapa yang memerhatikan kita . Kita pun tak 
tau , adakah orang yang baik depan kita betul betul 
menyukai kita seperti di riak wajahnya atau sekadar 
tegur kita untuk sekadar tegur .

Orang boleh menyampah kita dengan mudah .

Walaupun kita rasa , kita buat sebab kita suka atau lantak 
kitalah nak upload apa , tapi kalau nama busuk bawak ke 
mati sungguh tidak best .

Entry ini juga ingatan untuk aku jugak sebab Mak makin 
kerap pesan
kat aku ; Jangan terlalu melebih lebih di dunia fana ni . 
Musuh dalam selimut lebih bahaya dari musuh yang 
terang di depan mata .


Notakakiberbulukerinting : Oh by the way , kalau rasa 
entry aku ni menyakitkan hati , takpayah la baca okay . 
Aku rasa yang aku takda menuding jari dekat sapa sapa pon . 
Sebabnya , tajuk kat atas tu pon dah terang terang aku cakap 
aku nak mengingatkan diri aku sendiri . 
So takpayah buat teruk la nak terasa -,-


Finish .


keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket