Riak itu dosa tau.




Aku tak tahu nak cakap apa  , mungkin .
 Mungkin satu hari nanti kau akan sedar betapa
 bodohnya kau nampak sekarang .
bila kau rasa diri kau nampak hebat , sebenarnya, 
heh, hampeh.



Itu normal . Bagi manusia , bila sudah dipuji , kadang 
kadang dia lupa , yang dia cuma manusia . Yang dia 
taklah se-hebat mana . Dia rasa diri dia begitu berharga . 
mungkin . Berharga sangatkah ? Heh .

Aku mengaku , setiap manusia itu unik , tapi kadang 
kadang bila tersalah tunjukkan keunikan itu , lain yang 
diharap , lain yang dapat .

Aku bagi contoh , contoh paling biasa , seorang remaja , 
dia rasa dia hot . Oh kejap , aku nak tukar , hot sekarang 
dah lapuk , okay dia rasa dia cool , dia rasa dia sangat 
cool . Orang lain puji dia cool macam 'wehh kau ni cool 
lah , aku suka cara kau' , lepastu dia akan rasa 'oh aku 
ni cool gila, aku lah org paling cool dalam dunia'
lepastu dia akan cuba apa sahaja cara untuk menampakkan 
lagi 'ke-cool-an' dia dan cuba tunjuk pada dunia betapa
cool nya dia . SAMPAI , sampai dia tak sedar , kini dia bukan 

lagi cool , kini dia menggelabah . Dia tak sedar , tapi orang 
lain akan sedar . Satu pujian boleh buat dia kembang 10 inci . 
Kalau sepuluh pujian ? Mungkin dia akan meletup . Bila dah 
kembang , dia akan pekak . Pekak bagaimana ? Pekak bila 
mendengar kutukan dan perlian halus orang lain .

Same goes with 'hot people' , bila kena gelar hot sikit 
dah bangga sampai nak terjun bangunan dah ! Kalau boleh 
siap nak pakai t-shirt 'ramai org kata aku hot' . Padahal 
kena perli . Heh . Itulah . Tak dapat bezakan 'perli' dengan 
'realiti' . Bodoh .

Ada juga yang , kalau blog ramai follower sikit , dah lupa diri , 
rasa macam 'wehh hebat oh aku ni , ramai baca blog aku , 
ramai suka blog aku' , bila ada peminat kirim salam sikit , 
dah rasa diri ni paling lawa dalam dunia , paling handsome 
dalam dunia . Kalau dah ada kereta sendiri , dah rasa macam 
dunia ni dia yang punya . Kalau ada gf / bf hot sikit , dah 
mula aktiviti hidung kembang kempis .

Itu lumrah . Bila dah kena puji sikit , akan bangga sampai rasa 
diri dah sempurna . Orang lain kutuk diam diam pun takkan 
ter-bau , orang lain perli depan depan pun tak dikisahkan , 
orang cakap face-to-face pun macam mencurahkan air sirap 
di daun yang sama jenis dengan keladi . Diri akan degil 
menerima realiti . Itu manusia . Itu juga aku . (ye , aku 
mengaku aku manusia)

Dulu aku selalu macam ni jugak , rasa diri macam hebat 
sebab gambar masa zaman facebook mula mula dulu bagi 
aku memang paling hot ah ! Kalau edit tu pergh ! setengah 
jam semata mata nak nampak hebat . Dulu kalau ada budak 
ala ala hot sikit cakap 'hai' , rasa macam wahhh aku ni hot 
jugak kan . Hahaha itu dulu . Zaman budak hingusan 
takboleh nak jadi matang lagi . Sekarang aku malas nak layan 
diri sendiri . Sebab aku dah sedar betapa bodohnya aku 
nampak dulu . Aku sedar , aku taklah sehebat mana dulu 
dan juga sekarang . In the future , maybe . Aku haraplah . 
Kalau boleh hebat sikit pun jadilah .

Actually , perasaan bangga tu kadang kadang kita tak dapat 
nak elak . Itu biasa . Sangat biasa . Sebab kita apa ? Ye bagus 
murid murid , kita manusia . Ye murid murid , manusia . Manusia 
memang begitu . Benda 'show off' - 'show off' ni aku dah masak 
sangat dah . Dah masak sampai hangus ! So , aku rasa setelah 
dibahagi ditolak dicampur dan didarab , aku rasa conclusion-nya :

Kalau nak show off tu cover 
lah sikit . Kau rasa orang pandang kau 
hebat , tapi sebenarnya ?
Tak semua kau rasa tu betul .
Cuba buka mata , hati , telinga .
Sedarlah , kalau nak bangga tu boleh .
Tapi bangga diam diam cukuplah .
Tak perlulah sampai orang rasa terjengkel :\


p/s : Mungkin kau rasa aku post macam ni sebab jealous , sebab 
iyelah aku ni kan loser . Mana pernah kena puji . Mungkin juga 
kau rasa aku tak puas hati atau bajet bagus . Haha . Serious ! 
Fikirlah apa kau nak . Niat aku bersih tanpa sebarang bakteria . 
Cuma mungkin dengan cara yang kurang berhemah . 
Kthanksbye -__-


(aku rasa ramai orang akan benci aku)


keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D