Air jatuh .

Perkara yang boleh membuatkan hati terusik ialah apabila :

Orang paling rapat (jarak) dengan kita , yang boleh nampak kilas mata 
dan pandang kosong kita , yang mendengar sayu suara , sumbang ketawa 
dan terpandang akan canggung laku tapi sedikit pun tidak mengetahui 
apa yang kita sedang rasakan .

Kemudian datang pula orang yang tidak pulalah kau ketahui asal 
usulnya , tanpa suara , tanpa muka , tanpa nama , tanpa jantina , tapi 
boleh ada pada waktu kau benar benar memerlukan seseorang untuk 
memahami diri kau , tanpa perlu sebarang ayat pernyataan kerana kau 
langsung dungu untuk menerangkan perang dalam hati kau .

Kau sebenarnya tak minta banyak . Tapi benda yang kau minta tu susah 
nak diberi . Macam minta mati . Mati cuma sekali je , bukan boleh minta 
mati banyak banyak kali kan ? Tapi bukan main payahlah kau nak dapat 
serta merta .

Ah sudah , air jatuh . Bukan boleh berkocak sikit hati ni . Sayu . Haha . 
Macam pondannnnn .



keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D