Bangang.

Apakah ciri ciri blog yang bangang ?

~ Blog yang suka tepek iklan sana sini dan copy paste entry orang dan 
   suruh orang link back dia.
~ Blog yang selalu cerita tentang kisah dating-gaduh-pujuk-rayu-merayu , 
   kucing-mengucing pasangan dia .
~ Blog yang suka guna kiddy talk . Macam ni , "ittew cayam b cgt2 ."
~ Blog yang menggunakan tulisan disko . Macam ini ,
   "PaDa SuATU HAEInKNjJIhYrH..."
~ Blog yang suka cerita pasal blog orang lain . Contoh tajuk post mereka , 
   "Blog yang aku benci ..."
~ Blog yang suka cakap pasal agama tapi real life , ish , cubalah kau baling lesung 
   batu ke langit , pastu tadah hidung , sakit tak ? Tapi dyeorang tak rasa sakit . 
   Kebal siot .
~ Blog orang cantik yang kejap tepek muka pakai tudung , kejap tak , lepastu 
   dapat komen "You cantik bertudung ." Cuba orang yang buat tu tak cantik , 
   confirm kau kena keji kaw kaw punya . Haha . Pilih kasih .

Eh eh , blog blog di atas tak bangang . Blog blog di atas , merupakan interpretasi 
manusia bebas . Lepaskan saja . Nak bagitahu malam ni kau hisap rokok 10 
batang pun takpe . Nak bagitahu kau memang playgirl , tapi kau jadi macamtu 
sebab kau tak jumpa yang betul betul boleh buat kau sangkut , pun boleh . 
Takpe , takpe . Aku tak pernah nak kisah . Blog kau kan , kau tulislah suka hati 
kau pun . Aku baca , dan pergi . Hidup kau , kaulah . Tak pernah lagi kot aku 
menyampuk kutuk kutuk orang . Annoying aku pun , aku reti lagi nak behave . 
Dah aku yang bijak sangat nak baca , lepastu nak claim blog orang tu macamni 
macamtu , kenapa ? Gila . Kalau nak annoying pun , annoying kat blog sendiri . 
NI LIFE AKU , OTAK AKU , PERASAAN AKU , SEMUANYA TENTANG AKU , SO KENAPA 
KENA ADA KAU ? Woho , kasarlah pulak . Haish . Tak suka tau bila jadi annoying 
macam Annoying Orange (tapi aku suka dia , sebab aku pun spesis dia) . Eh eh , 
kita cerita pasal blog bangang kan ? Lupa nak bagitau , blog yang korang tengah 
baca ni , inilah blog paling bangang sekali . Tahniah , akhirnya dapat jugak 
pengiktirafan blog aku ni :)


Comel . Jarang aku tersentap lepastu jadi defensive macamni . 
Siotlah kau Annoying Orange , terpengaruh aku .




*Annoying Orange = Sila youtube . Cinta gila bila dia sebut "Boooo-ring" , rasa nak 
sepak je dia . Comel melampau .*

Copcop , sebenarnya , kau kau semua dah berjaya keluarkan malaikat 
dalam diri aku . Terer gila . Penat aku berlakon baik , senang senang je kau 
bogelkan perangai sebenar aku . Hebat . Lain kali , kalau kau jumpa manusia 
yang kau rasa boleh nak provok sampai jadi apa kau nak , kau buatlah . Buat 
banyak banyak , buku 555 kau kan ada stok sepanjang hayat . Nanti mati , 
kita redeem point masuk neraka ye .


keys off ~

as.da.name.given :)
Photobucket

2 comments :

  1. hahaha. lek2 sudah laa nisah :) sabar2.

    ReplyDelete
  2. haha i'm okay . cool . saja je nak buat macam hotstuff :P

    ReplyDelete

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D