Lelaki dan kuasa single

Memang mimpi kali ini paling indah . sangat indah . Tapi aku tak berapa nak ingat mimpi itu pasal apa . Kalau mimpi itu super indah , pasti aku akan ceritakan sebutir demi sebutir apa yang aku mimpikan . Tidur dalam perjalanan yang panjang di atas lebuh raya yang punya landasan empuk merupakan nikmat yang tidak ternilai . Silap silap boleh menandingi harga banglo .
Aku cuba mengulang tayang kembali mimpi aku semalam . Tiba tiba satu flash light terlintas depan aku . Wajah seorang lelaki yang dikaburi raut mukanya dan juga perkataan single yang sering dilaung laung ke telinga aku . Apakah maksud semua ini ?

Senang cerita . Aku konklusikan mimpi aku pasal lelaki dan juga single .


Setengah tengah orang kata , hidup bujang memang menyeronokkan. Ada pulak yang gedik cakap rumah yang ada tangga which lebih bagus . Bagi aku , hidup single lagi best . Single kan hot .


Cuba korang tanya budak budak lelaki macho dalam kelas anda . Kenapa lelaki suka jadi single instead commited dalam satu relationship ? Do they loved to be a husband ? Atau mereka proud to be single men ?


Personally , bagi aku . Aku taruk plus list 6 sebab musabab yang selalu lelaki suka untuk terus pegang status single erat erat untuk jangka masa yang agak lama . Antaranya :



1- Best hidup single sebab boleh usha banyak awek untuk dijadikan bini . 
Mungkin jugak . Kalau alasan ni , aku boleh terima lah sangat . Almaklumlah , zaman sekarang ni kalau nak cari perempuan yang betul betul boleh buat isteri pon memang susah bagai . Salah pilih , sengsara lah jiwa raga dan duit dalam bank .


2- Best jadi single sebab mereka boleh buat apa apa aje ikut suka hati mereka .
Jujur aku cakap , lelaki macam ni memang belum layak dan belum boleh nak kahwin . Jangankan kahwin , nak ada awek pun tak layak lagi . Asal ? Sebab , lelaki macam ni masih belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang suami . Jiwa lelaki macam ni masih jiwa kanak kanak riang . Sama macam aku . So , sama samalah kita bergelar kanak kanak ribena yang suka telan ribena .


3- Best jadi single sebab senang dan boleh fokus pada kerjaya .
Okay . Alasan ni logik diterima kepala otak aku jugak . Aku pernah jumpa lelaki yang sangat workholic . Pentingkan kerjaya daripada segalanya . Kerja no satu , awek no dua . Last last awek terlepas . Bahaya siot hidup kau . Kalau duit banyak melambung tapi takde teman nak share pon tak sodap lah hidup ni bang . Tapi , jangan pulak sibuk nak kahwin dulu kalau rasa belum bersedia dan masih terkial kial , terkinja kinja nak bahagikan masa antara kerjaya dengan isteri kau nanti .


4- Best jadi single sebab boleh kumpul harta .
Haih . Alasan yang ni memang bangang . Tak salah kalau korang nak kumpul sedikit harta sebagai bekalan hari tua kot . Tapi , janganlah sampai dah jadi macam hamba duit sudah . Ada jugak manusia tak berkahwin nanti sebab kaya sangat . Risau isteri selalu habiskan duit . Alahai . Kedekut macam haji bakhil lah pulak dah . Duit tak boleh bawak masuk kubur lah der  -.-


5- Best jadi single sebab boleh buat jiwa tenang .
Haih . Perempuan nie satu beban kepada lelaki kah ? Adoyai . Tapi kan , kalau fikir secara positif , mungkin alasan ni boleh digunakan juga . Rasanya , memang ada perempuan yang selalu bikin jiwa lelaki macam mental kan ? Apa taknya , sikit sikit merajuk , sikit sikit nak follow mana lelaki pergi , belum lagi masalah jeles tak bertempat . Ntah lah labi , mungkin alasan ni boleh pakai jugak kot . Ala , lelaki dengan perempuan sama aje . Tak ada bezanya . Sama sama kena ada good communication yang bagus . Barulah semua benda jadi cool . :)


6- Best jadi single sebab dapat berlagak dengan status bujang .
Aik , boleh pulak macam ni ? Hampeh kot kalau ada lelaki macam ni . Bagi aku , it's much better kalau lelaki macam ni tak payah gatal nak kahwin dulu dan terus hidup membujang sebab sudah terang lagi bersuluh lah kan yang diorang ni lelaki buaya darat . Kalah crocodile kat sungai Amazon belakang rumah nenek aku wei . -.- . Daripada korang sibuk dok menipu konon still bujang bagai walhal anak dekat rumah dah sedozen . Elok jadi bujang . Tak payah sibuk pikir pasal kain lampin anak nak pakai dekat rumah . So , senang cerita pakailah name tag besar besar tulis I AM SINGLE . Well , cool gila kan ?


By the way , ikhlas lahir dari hati aku , aku rasa lelaki memang tak suka kepada perhubungan yang begitu complicated . Mereka lebih rela spend some quality time with their friends instead of their girlfriends . :) Well , same goes to me . Family first , then friends . Lelaki ? Ntah ah . Mereka punya hak untuk menentukan jalan hidup mereka . Kita hanyalah manusia yang mampu pandang dari jauh tentang tingkah laku mereka . :')

S.I.N.G.L.E is hot cool :P



keys off ~
as.da.name.given :)