Untuk diriku dan semua :)


terdetik untuk berkongsi . maaf --->
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki , tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan , cinta itu anugerah .
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya ? Untuk beberapa waktu dahulu , ia begitu memukul-mukul kepala .
Ya , apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki ?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat , berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan .
Saya mempunyai seorang rakan , sederhana cantik , tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk , tidak terlalu buruk , tidak terlalu jelita , manisnya ada , santunnya memikat orang tua , beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat , dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo .
Tetapi saya fikir , saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya .
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu , dan membuatnya selalu terfikir-fikir : Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki .
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini . Cinta tidak datang dipaksa-paksa . Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya . Jika kita mahukan ia menjadi air , ia datang seperti api .
Tetapi , jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan , seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga . Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit .
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap , janggut selambak atau harta membuak-buak .
Tetapi lelaki yang baik , jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat , membimbing kelakuan kita , menjaga kemurnian kalbu bersama-sama , mendidik , membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana , dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya .
Dia akan datang apabila tiba masanya . Lambat atau cepat , maafkan saya , kerana Allah itu yang lebih mengetahui .
Kawan , kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya . Dia menyempurnakan kita .
Namun , tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina , selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek , kita , wanita , harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan .
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat , bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita .
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita , gadis , yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin .
Ya , lelaki memang mendatangkan bahagia .
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara . Namun jika kita bijak menatangnya , semuanya pasti baik-baik sahaja . Itulah adat dalam perhubungan . Yang buruk-buruk pasti ada .
Barangkali daripada si dia , barangkali juga daripada kita , tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua .
Bagi yang sedang hangat bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak , jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa , maka ada baiknya anda menyerah kalah saja .
Walaupun tidak saling memiliki , dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi , anda dan dia tetap pengantin dalam jiwa .
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa .
Bercakap soal kahwin , beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama .
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian , kini sudah disunting , dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai .
Semoga mereka tak tersalah pilih .
Dan semoga lelaki yang dipilih , melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri .
Wanita , kita dicipta dengan kemuliaan syahadah . Kerana benih seorang lelaki , kita ini tersenyawa , dikurniakan tenaga sehingga kita mampu melihat jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia .
Kerana benih seorang lelaki , kita ini ditiupkan jiwa , menjadi manusia , dan mencari seorang lelaki untuk dicintai , sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa .
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta , kita wanita , kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki , tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki , tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki .
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah , kita terbit daripada rusuk lelaki , bukan dekat kepala untuk dijunjungi , bukan dekat bahu untuk membebani , bukan dekat lengan untuk dijulangi , bukan dekat jari untuk disakiti , bukan dekat pinggul untuk dihenyaki , bukan dekat lutut untuk ditindihi , bukan dekat kaki untuk ditunggangi , tetapi dekat pelusuk hati untuk dimuliai , disayangi dan dicintai .
Andai lelaki itu burung yang terbang , kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya .
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan , wanita itu bergantung hidupnya dan perlu diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi , maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata .
Kita mahu menjadi bunga , menghias sayapnya . Kita mahu terus bersama-sama , terbang tinggi di langit terbuka , sehingga hujung dunia , sehingga kita tua , rapuh dan mati .
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya . Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik . InsyaAllah . Amn :)

keys off ~
as.da.name.given :)

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D