Sangat sukar hidup ini
Kadang kadang , aku suka cari something . Apa yang aku ada tapi orang lain tak ada . Aku suka begitu , aku suka jadi lain dari yang lain , dan tipulah kalau kamu tidak berperasaan begitu , bukan ? Jadi aku sama seperti kamu dan kamu sama seperti aku . Jadi aku masih lagi sama dengan orang lain . Dalam permainan ini , aku dah kalah . Tapi tak mengapa , aku cuba cari , aku cuba cari dan aku masih lagi akan cuba mencari , tak salah kan ?
Bila aku penat , aku berehat , dan aku mula memerhati sekeliling , gelagat manusia , berlainan rupa , berlainan gaya .
Toleh kanan , sekumpulan budak yang kebanyakannya berjaket kulit , skirt , dan lutut yang sememangnya tidak lawa , mereka nampak happy , mereka bergelak ketawa .
Toleh kiri , sepasang couple , nampak indah , mereka mungkin sekali sedang bercerita tentang apa yang mereka rasa , mereka kongsi , setiap perkataan yang disebut dan setiap sentuhan yang ada , terasa hangat dan indah . Ketika bercinta , semuanya indah bukan ?
Toleh depan , seorang demi seorang lalu , wajah mereka , nampak kosong , nampak murung , ada juga yang senyum , ada juga yang seperti terkejar-kejar .
Dan aku mula berfikir, melihat mereka , mencerminkan diri aku , aku sama sahaja . Kadang kadang , dalam sesuatu waktu , aku juga akan mempamerkan wajah wajah yang mereka pamerkan .
Kita manusia tak banyak beza , kan ? Kita persoalkan semua yang terjadi . Kenapa aku tak jadi macam dia ? Kenapa aku tak dapat ini , tak dapat itu , huhh -.-
Kita mula rasa hidup ini tak adil , kita mula persalahkan Tuhan , tapi pernah kita fikir tentang mereka yang jatuh teruk daripada kita ? Pernah ?
Kita manusia , kita hamba , kita akan sentiasa jadi hamba , badan ini hanya sementara , segala-galanya hanyalah sementara , bukan ?
Mungkin aku tak layak untuk mengatakan ini kerana aku sering terlupa , dan aku tahu kau juga sering terlupa .
keys off ~
as.da.name.given :)
No comments :
Post a Comment
Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D