Ibarat melepaskan biawak tersepit .



Kita ada kawan . Dan kawan kita ada banyak jenis . Tapi kita tak kisah , sebab bagi kita , mereka cuma kawan . Whenever kita rasa kita tak suka dan tak tahan dengan perangai mereka , kita blah . Peduli apa kita . Kita ada hak untuk rasa gembira .



Kita sebenarnya tak suka sangat kawan . Sebab kita muak dengan kawan yang selfish nak mampos . Selfish sekali sekala itu tidak mengapa , tapi selfish yang keterlaluan , OHMYGOD , SAYAKAN KAWAN AWAK , HOW COULD YOU DO THAT , monkey ?


Kita tak suka tau . Kita bukan tak tahu orang kawan dengan kita sebab apa . Hek elehh , kita nampak je bangang , buat tak tahu je duit kita yang awak pinjam tu , kita tak berkira , tapi bila awak datang bila awak susah , dan pergi tinggalkan kita , waktu kita susah , kita rasa happy gila . Kenapa lah awak tak berambus dari hidup kita awal-awal ? Konon cakap , susah sama bersama , pergi neraka lah . Baru susah sikit , terus keluar perangai tak guna awak tu . Tapi takpe , kita dah masak dah dengan perangai awak , nanti bila awak susah , mesti awak datang kepit-kepit , peluk tangan kita manja-manja , buat muka kesian . Awak ingat kita tak tahu ? Saja buat bangang . Saja bagi muka . Orang cakap , nak sedarkan orang macam awak ni , kena main lembut-lembut . Sampai masa awak dah get hooked pada kita , sentap kuat-kuat sampai putus . Lepas tu , baru awak tahu hidup tak ada penyandar . Padan muka .


Kita selalu blah tinggalkan kawan yang baik-baik sebab kita sedar diri . Kita tahu , kita menyusahkan kawan , jadi kita angkat kaki pergi . Kita tengok je kawan yang baik-baik berkawan dengan orang lain . Kita rindu , tapi kita sedar diri . Kawan yang baik macam mereka , tak patut ada kawan macam kita . Kita pun kawan lah dengan awak , sebab kita tengok , awak dan kita MACAM saling memerlukan . Tapi bila dah kenal , kita tahu siapa yang bergantung pada siapa . Tapi tak kisah lah , sebab kitakan kawan . Cuma awak , erm , takpe lah , kitakan kawan , takpe . Tapi kita pelik , awak dah dapat kawan macam kita , yang tak kisah apa orang cakap pasal awak , without prejudice , chillex je hulurkan bantuan sebab KITAKAN KAWAN , tak ada perasaan malu ke awak , bila tak reti nak menghargai ? Kita tak minta balasan , cukup sekadar awak tahu , apa yang kawan patut buat dan tak patut buat . Tiba-tiba nak buat perangai macam-macam bila susah , awak tak fikir ke keadaan kawan-kawan awak yang lain ? Awak , kalau nak menjual ikan , pergi pasar , tak pun Tesco , sejuk sikit , bukan dengan kawan-kawan awak , yang bila awak susah , awak terhegeh-hegeh datang mintak pertolongan . Macam najis tau awak ni . Menyampah kita . Lepas ni , kalau awak rasa kita sejukbeku dengan awak , tak payah lah tanya apa-apa , berambus lah dari hidup kita . Kita tak ingin nak kawan dengan awak lagi . Pergi mampus lah awak .


Ada juga kawan kita , suka kawan sebab ada konspirasi . Ada agenda untuk diri sendiri . Vavi tau kawan macam ni . Tapi kita diam je lah . Kita bukan tak tahu , tapi kita malas nak bagi tahu yang kita tahu , sebab kita tahu nanti awak malu . Tapi kita ni jenis tak pandai nak balas dendam , kita tak buat apa , kita terus blah cari kawan lain . Orang macam awak , patut kawan dengan monyet . Rule the tree and take care the rambutans and durians .


Oh ye , siapa nak kawan dengan kita ? Kita tak ada duit kepuk-kepuk , tapi bila mintak tolong , kita cuba usahakan . Kita tak pandai , tapi kalau study group , kita janji , kita tak setakat duduk kat kafe borak pasal pakwe hensem vs pakwe berduit . Kita cuma kawan yang biasa . Kawan yang mahu diumpama seperti kawan , itu je . Tak payah lebih-lebih . Kurang pun tak boleh . Oh , kita ni kawan yang demand rupanya . Tak payah lah kawan . Bye .




Yang Benar , saya .




keys off ~
as.da.name.given.

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D