Kekasih kemahuan (:

Kekasih siot . Ala , gelilah begini . Oleh sebab geli sangat nak type keka-bwek-bwek buat kali kedua , maka kita akan gunakan perkataan buah hati .Eeeee , gila . Lagi geli kowt . Okay , apa kata kita guna perkataan gf , memandangkan topik kita pada hari ini merujuk kepada wanita . Biasalah , i kan bias . You harus maklum perkara tu , sebelum terus membaca . I wanita , so i akan cakap diri i dan kaum i better dari you guys ( walaupun i tak minat kaum sejenis tapi pst pst *mode berbisik* , you gila apa nak i kutuk kaum i . Nanti i kena perli tak sedar diri , woahh , malu i tau . ) . So , you nak i cakap i ni chauvinist or what , talk to the hand . Wah , garang tibes-tibes .


"Opss , tak perlu menimbulkan suasana menggelegak Nisah , " ujur diri kepada diri sendiri . Adjust the temperature . Suam-suam . Nyaman .


Saya rasa memang susah nak jadi gf kemahuan . Gf kemahuan di sini membawa maksud , menjadi seorang perempuan yang sedang attach dengan seorang lelaki , tanpa sebarang ikatan yang sah , sekali dengar macam poyo gila nak couple-couple ni , tapi apakan daya , hati ni kesunyian , ehhh , apa aku melalut nih ? Haish . Fokus pada topik Nisah . Sebenarnya saya gementar . Terus nak berkongsi resepi tapi tak reti masak . Kesian . Jadi , ayuh , kita mulakan dengan cerita hati ralat . Yeah , mood saya dah datang . Knock knock .


*serious mode*

Girlfriend kemahuan ; menjadi seorang perempuan yang disayangi atas kerana dirinya memenuhi kemahuan si lelaki .
Eleh , siapa cakap , bila sayang , badan you berkudis pun , i rela nak terima you . You suka sendawa kuat-kuat depan mak ayah i , i sanggup terima perangai you . Saya tak rasa begitu . Kerana kita manusia , sememangnya lahir , dengan perasaan berkemahuan . Kita mahu yang baik-baik . Kita mahu yang elok , molek , cantik , sopan , tahu menjaga maruah ,baik blablabla . Bila kita tahu 'dia' boleh diperbaiki , kita nak itu terjadi . Dan semua orang tahu , kerana sayang , kita sanggup menjadi sesiapapun yang dimahukan . Lagipun , siapa yang nak isteri yang macam ni ; " Isteri kau yang suka korek hidung tengah-tengah alam tu kan ? " . Takkan sanggup kau nak angguk , malah kau akan buat-buat seperti orang bujangan , " Gila ke kau ni , bila masa aku kahwin " . Jengjengjeng . Kita malu . Dan disebabkan perasaan malu , kita nak 'dia' berubah . Kita peduli apa dengan statement CINTAI DIA DENGAN APA ADANYA . Yang kita peduli ; " Kau dah jadi awek aku , kau kena ikut apa aku cakap . " Oh , itu kedengaran sangat kasar sekali . Saya tahu , awak serta saya , sedang dan pernah melakukan ini , tapi mungkin dengan cara terpaling sopan . Seperti ; " Awak rambut pendek nampak comel , hensem sampai menjilat jari tau . Tapi , kalau awak tak suka rambut pendek , takpe lah , ikut suka awak ye . Saya tetap sayang awak , walaupun awak botak ( tapi dalam hati berdetik ; mintak dijauhkan ! ) " . Eh , tersenyum ?

Saya tahu , awak-awak mesti ada buat .

Begitu pun bagi saya , tidak mengapa , kerana selagi benda tu logik dan mendatangkan kebaikan pada empunya diri , why not ? Tapi kalau sebaliknya , pergi mampos lah kau . Eh , kasar pulak . Susah betul lah nak behave ayu-ayu nih . (*sigh*)


Saya cumalah gadis bukan tipikal dia . Senang cerita , bukan girlfriend kemahuan dia . Saya tahu . Dia dah terbiasa dengan gadis manja , dan malangnya , saya tidak begitu . Kesian kedua belah pihak . Rasa macam tak compatible , tapi memandangkan dia ada usaha nak berubah , saya rasa , i should give this man a chance . Saya nak jadi kesayangan yang dimahukan .


Tapi itu kisah dulu . Sekarang , saya sangat selfish . Bila saya cakap saya tak nak , i really meant it . Mr Boyfie cakap dia sayang saya sangat-sangat sebab saya itu saya ini . Dia tanya , how about me ? Saya jawab , saya tak tahu bila saya mula sayang dia , dan kenapa . Saya tak nak tahu sekalipun apa sebabnya saya sayang dia . Samada ada , atau tidak , saya tak peduli . Sebab saya tahu , kalau saya memilih dia kerana itu dan ini , sampai masa kemahuan saya terlunas , saya akan angkat kaki dan mencari yang lain , mungkin . Ataupun sebelum sempat , dia dah buat dulu . Woah , sadis nyer lah !




keys off ~
as.da.name.given.

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D