B A I K

Kawan-kawan,
Kita cuba jadi baik dengan semua orang, okay?
Kalau orang lempar taik pada kita, kita jangan marah. Kita ambil taik tu,
sapu lembut-lembut,rata-rata kat seluruh muka dia. Senyum dan cakap, 
"Taik ni lebih comel bila letak kat muka you."
Senyum sampai semut beratur dipinggir bibir. Baru dia percaya.

Kita cuba treat orang dengan berhemah, okay?
Kalau orang jeling kita, kita tenung je muka dia lama-lama. Bila dia resah,
kita datang dekat muka dia cakap, "Sexy sangat bila you jeling I macamtu..
tiba-tiba rasa 'bertanduk'.Sorrylah tenung you macamtu..tindakan refleks."
Senyum panjang-panjang. Takdelah dia terasa sangat. 

Kita cuba memudahkan hidup setiap orang, okay?
Kalau orang tu pernah gergaji hati kita, kita diam je. Bila dia tanya sakit ke 
tak, kita jawab, "Sakit. You tak penat ke main gergaji-gergaji hati I ni? Biarlah I 
buat sendiri, you duduk je diam-diam atas kerusi malas. I boleh buat sendiri, you 
tak payah susah-payah. Nanti kalau hati I dah lumat digergaji, I trade in dengan 
hati baru. Don’t worry lah, I ada lifetime membership card untuk tukar hati so 
sampai kiamat you boleh main gergaji-gergaji hati I."

Cium pipi dia, cakap terima kasih banyak-banyak. Jangan lupa senyum. 
Senyum je. Tak susah. Tarik pipi kanan. Tarik pipi kiri. Serentak.
Alolololo. Senyum pun nak kena buat tutorial. Manjalah you ni.

Mencuba nak jadi baik ni.
Baik kan?

Ala, tak payahlah jawab "A’ah”.
Malu I nak dengar.