Sangat sukar hidup ini.




Kadang-kadang, aku suka cari something. Apa yang aku ada 
tapi orang lain tak ada. Aku suka begitu. Aku suka jadi lain 
daripada yang lain. Dan tipulah kalau kamu tidak berperasaan 
begitu, bukan? Jadi, aku sama seperti kamu, dan kamu sama 
seperti aku. Aku masih lagi sama dengan orang lain. Dalam 
permainan ini, aku dah kalah. Tapi tak mengapa, aku cuba 
cari. Aku cuba cari dan aku masih lagi akan cuba mencari, 
tak salah kan?

Bila aku penat, aku berehat. Dan aku mula memerhati  
sekeliling. Gelagat manusia, berlainan rupa, berlainan gaya.

Toleh kanan, sekumpulan budak yang kebanyakannya berjaket 
kulit, skirt, dan lutut yang sememangnya tidak lawa. Mereka 
nampak happy. Mereka bergelak ketawa.

Toleh kiri, sepasang couple. Nampak indah, mereka mungkin 
sekali sedang bercerita tentang apa yang mereka rasa, mereka 
kongsi. Setiap perkataan yang disebut dan setiap sentuhan yang 
ada, terasa hangat dan indah. Ketika bercinta, semuanya indah 
bukan?

Toleh depan, seorang demi seorang lalu. Wajah mereka, nampak 
kosong, nampak murung. Ada juga yang senyum. Ada juga yang 
seperti terkejar-kejar.

Dan aku mula berfikir, melihat mereka, mencerminkan diri aku. 
Aku sama sahaja. Kadang-kadang, dalam sesuatu waktu, aku juga 
akan mempamerkan wajah-wajah yang mereka pamerkan.

Kita manusia tak banyak beza, kan? Kita persoalkan semua yang 
terjadi. Kenapa aku tak jadi macam dia? Kenapa aku tak dapat ini, 
tak dapat itu. Kita mula rasa hidup ini tak adil. Kita mula persalahkan 
Tuhan. Tapi pernah kita fikir tentang mereka yang jatuh teruk 
daripada kita? Pernah? Kita manusia. Kita hamba. Kita akan sentiasa 
jadi hamba. Badan ini hanya sementara. Segala-galanya hanyalah 
sementara, bukan? Mungkin aku tak layak untuk mengatakan ini 
kerana aku sering terlupa. Dan aku tahu kau juga sering terlupa. 

Jadi, tak salah kan untuk saling mengingatkan?


Photobucket

2 comments :

  1. Saya pon nak ikut dia toleh kiri kanan depan belakang lah...

    Wink2 :)

    Jom cuci mata di sini : Koleksi Kain Pasang Terbaru Tapi Terhad Yee!

    ReplyDelete
  2. hai awk.. saya suka header awak.. background awk pun cumey! dot dot dot

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/



    ReplyDelete

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D