Perap dalam hati.




Kawan aku pernah cakap, "Kalau hati nak buat perkasam, hati kaulah 
yang paling sedap. Berapa banyak entah kau pendam-pendam."

*gelak*

Nak tulis itu, tak boleh. 
Nanti hati kau terluka. 
Nak lepas ini, tak boleh. 
Nanti kau tersentap.
Nak cakap depan-depan bukan tak boleh, 
tapi kau ada air muka.
Nak marah tak sampai hati. 
Takat tarik muka paling tegang dan cuba kawal nada 
suara supaya tak terlontar high pitch bolehlah.
Kalau dah tak tahan sangat, bagi ayat simpang siur, 
tapi tak faham pulak.
Bila perli sikit, tahu makan dalam pulak. 
Nak balas balik, teringat ayat mak, "Adik jangan balas 
orang buat apa-apa pun. Adik ni bukan boleh, keras 
semacam." Gelak. Hahahahaha. Sedikit tersentap pada 
ayat mak tu. Tak apa, mak cuma mengingatkan. Biarlah 
aku je yang tahu, apa yang aku buat selagi mana ianya tak 
berdosa. 

Manusia standard la, mana nak nampak kau baik. Kalau kau baik, 
mesti diselongkarnya kau sampai jumpa perangai kau yang sedikit 
busuk tu. Paling best part manusia ni, boleh judge orang dengan 
sangat pantas. Tengok terus blablablabla. Conclusion terus. Hebat 
gila laaah!

Hai hati khianat,
Kalau kau seekor ayam, dah lama aku tangkap kau, dah carik-carik
bulu kau hidup-hidup. Biar kau jerit sakit sampai gila dan mintak 
disembelih. Nasib baik kau manusia. Ala, jaga hati orang bukan 
susah sangat pun, korbankan hati sendiri je.

*urut dada*

Tuhan, kuatkan hati ni. Pelihara hubunganku denganMu. Dengan 
makhlukMu. Kuatkan aku, Ya Allah.

Alahai,
Kenapalah lepas satu, satu?
Kenapa tak lepas satu, dua?

*cakap dalam hati*
*mata panas*

Hahahahahahaha. 
Pondan ah kau, Nisah. Padanlah kena buli.
Blergh X_X

keys off ~
as.da.name.given :)

Photobucket