Soal kawan takkan pernah ada penghujungnya.




Kawan sampai bila-bila.
Macam susah je nak realisasikan soal itu. 
Adakah pendapat akan diterima sampai bila-bila.
Atau ditolak mentah tanpa dengar satu dua perkara?

Kawan sampai mati.
Hendak berkawan sampai ke lahad.
Cermin diri dulu tanya sanggupkah kita lakukan segalanya 
untuk kawan?
Atau penembak senyap biar jatuh dan pura-pura bangun 
bersama konon kita malaikat?

Susah senang biar bersama.
Soalnya bagaimana hendak toleransi andai masa dan ketika 
menghalang tiap waktu bersama?
Susahnya seorang kawan jauh entah di mana.
Senangnya seorang kawan adakala bukan takdir kita bersama 
bahagia.

Kita menitip doa buat kawan.
Semoga senangnya dia setiap hari menghadapi dugaan.
Itu tugas kita, seorang kawan.
Bukan merenung masa silam harap dapat memusnahkan 
impian.

Hela nafasberat.

Sesusah kawan, adanya kita, rasa diringankan beban.
Sesusah kawan, adanya kita, jadi mudah semua perjalanan.
Sesusah kawan, adanya kita, pelengkap jalan.
Sesusah kawan, adanya kita, lebarlah senyuman.

Kadang-kadang ternyata, dewasa ini kita kerap ketepikan 
soal kuantiti demi tingkatkan jumlah kualiti.
Cuma aku sering dihalang oleh rasa bertimbang rasa.
Aku tidak akan pernah sempurna dalam apa jua soal, 
terutamanya soal berkawan.
Apa guna aku bertindak seperti Tuhan memilih kawan 
meski jelik di pandangan?


Dan aku tahu, biar kawan mengajar aku setiap katlum kehidupan,
tanpa aku perlu letak skala 1-10.
Kerana tiap mereka sempurnakan tiap cela aku.

keys off ~
as.da.name.given :)

Photobucket