Tamak tidak haloba.
Assalamualaikum
Hai friends! Doing good? Great! I Love you all.
Pelik. Tapi perasaan itu aku dapat lahirkan bila mereka asyik mengolah
perkara yang sama. Perkataan yang hampir serupa. 'Kawan'. Ramai yang
berhujah, dan ramai yang redha. Aku bertanya pada diri sendiri. Apa itu
kawan? Siapa yang perlu diberi panggilan sebagai kawan?
Ramai yang mendefinisikan apa itu kawan dari sudut pemikiran mereka,
tidak merujuk mana-mana kamus. Kerana kamus hanya menerangkan
kata, bukan menjelaskan perkara. Aku setuju. Kerana aku juga tidak
merujuk mana-mana google translator untuk menaip kali ini apatah
lagi mencari makna 'kawan' di laman sesawang bersawang. Aku menulis
kali ini penuh rasa cinta.
Mereka kata kawan itu seseorang yang berada disisi di kala senang
mahupun susah. Betul.
Mereka kata kawan itu seseorang yang memberi pandangan ideal, tak
kira membina atau kritikan bernas yang mampu buat kita jatuh tak
sengaja. Betul.
Mereka kata kawan itu seseorang yang tegur mekap kau tebal tak
kena. Betul.
Mereka kata kawan itu ialah seseorang yang kata "Hey, mata sebelah
kanan." Tanda ada taik mata. Betul. Dan pelbagai definisi seorang
kawan perlu lakukan dan tunjukkan. Aku setuju satu persatu. Tidak
aku kata salah.
Tapi, bila difikirkan semula, adakah dengan memberi definisi, kita
melaksanakan apa yang diucap? Adakah kita kawan yang sentiasa
disisi mereka tidak kira masa? Adakah kita kawan yang memberi
pandangan ideal atau sekadar ingin menjatuhkan? Adakah kita rela
lihat mereka beraksi seperti badut atau terus tegur "Weh, that's not
nice." Adakah kita mampu tegur kelemahan mereka? Dan macam-
macam lagi persoalan yang aku sendiri tidak pasti mana satu harus
keluar dulu.
Aku tak mampu untuk laksanakan yang keempat dalam persoalan hati
aku. Lantas, kegagalan aku untuk menjadi seorang 'kawan' terbukti
nyata. Ya, aku tak mampu beri teguran yang menampakkan kelemahan
mereka. Kerana aku tidak selesa apabila pekung aku dibuka-buka. Aku
mungkin boleh terima, tapi aku sungguh pasti, aku maha tidak selesa.
Penulisan kali ini aku cuma mahu kata, jika kita mahu yang terbaik
untuk diri kita, maka lahirkanlah yang terbaik dari diri kita untuk
mereka. Tak perlu tamak. Apatah lagi haloba dalam soal ini. Samalah
kaedahnya bila kita tak mahu mereka berkira dengan kita, kita terlebih
dahulu jangan berkira dengan mereka. Dan jika kita tak mahu mereka
meminta-minta, kita dahulu jangan meminta-minta.
Nampak mudah. Cuba kau laksana.
"Hey, jom keluar! Tapi kita tongtong lah." <<----try kat rumah kau,
jumpa kawan baik jiran sebelah rumah.
Apa yang kau rasa bila orang kata macam tu? Aku takkan beri jawapan.
Kerana kita nilai diri kita sendiri. Kalau kita yang ucap macam tu, apa
mungkin mereka kata?
Aku tujukan kepada semua kawan aku. Sebab hanya KawanSampaiMati
sahaja yang tahu bagaimananya aku.
Terima kasih.
P.S : Penulisan ini tidak merujuk mana-mana bahan rujukan seperti
buku falsafah, fisiologi, psikologi atau laman sesawang lain. Aku cuma
ekspresi apa yang aku rasa kini. Maaf kira kau atau kau terasa.
keys off ~
as.da.name.given :)
kawan senang dicari tapi sahabat sukar ditemui
ReplyDeletekawan dan sahabat itu berbeza
ReplyDelete