Berubah ; Perubahan.
Dulu kau lagi entah apa-apa dari aku.
Tapi sekarang kau dah berubah.
Syukur.
Aku bersyukur sangat.
Tapi, disebabkan perubahan,
kau terlampau memandang rendah aku.
Aku yang masih mengesot perlahan-lahan untuk berubah,
kau asingkan diri kau.
Macam aku ni satu virus yang bisa membunuh.
Sadis.
Kenapa?
Hina sangatkah aku?
Aku memang nak berubah.
Tetapi,
Izinkan aku berubah seikhlas hati.
Dengan niat yang memang betul-betul wujud dari hati.
Bukan niat perubahan kerana kau. Bukan!
Supaya nanti,
aku tak berubah kembali kepada keadaan aku yang asal.
aku tak berubah kembali kepada keadaan aku yang asal.
Itu yang aku tak mahu.
Itu yang aku nak elak.
Aku memang hendak berubah.
Tapi biar aku mulakan dari satu fasa ke fasa yang lain.
Perlahan-lahan.
InshaAllah.
keys off~
as.da.name.given :)
insyaALLAH,amin :)
ReplyDeleteWah,boleh dibuat kata-kat pujangga..! (^_^)Y
ReplyDelete