Tatkala Aku Bodoh. 


Tatkala aku bodoh,
semua orang pandang pelik.
Tak kurang yang pandang jelik.
Kurang-kurang aku ada kawan support belakang,
natural semula keadaan.

Tatkala aku bodoh,
semua orang tuding satu jari,
sedar atau tidak sembilan lagi pada diri sendiri.
Kurang-kurang aku sedar ubah diri.
Tidak ulang kata sakit hati.

Tatkala aku bodoh,
aku lupa ada lagi mereka lebih bodoh.
Guna bahasa tidak kena.
Guna jeling tajam mata.
Guna Facebook penggerak mereka.

Tatkala aku bodoh,
Kurang-kurang ada yang bijak guna keadaan menyedarkan aku.
Tidak kurang pula yang bijak guna keadaan menjatuhkan aku.
Terima kasih aku ucapkan.
Trafik Facebook jadi teruk sebab manusia seperti kalian.

Tatkala aku bodoh,
kurang-kurang aku sentiasa tahu aku bodoh,
dan perlu tunjuk ajar kalian.
Tidak mendabik dada kata aku paling bagus antara semua,
pandang orang sebelah mata.
Lagi keji pada mata manusia .

Tatkala aku bodoh, 
kurang-kurang aku sedar kebodohan aku.
Tidaklah aku merendah-rendahkan keupayaan orang. 

Tatkala aku bodoh,
kurang-kurang aku mengadu dulu pada Tuhan.
Tidak mengadu domba segala pada manusia.


Ya, memang ini untuk kamu.
Kurang-kurang aku tegur kamu sinis bahasa bahasi.
Barulah orang kata dari mata jatuh ke hati.
Mulut memang berat untuk menegur,
tapi ini memang dari hati.
Aku minta maaf. 


*Bloggers , I need 7 more person to follow my blog and I will promote your blog
in my blog :P


*thank you Google ! By the way , movie ni best ! Tengok la ^^


keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket