Tak perlu HOT sangat kot untuk jadi kawan aku =.='


Kawan . Dalam hidup aku , aku ada banyak jenis kawan . 
Ada kawan yang boleh blah dan ada yang macam Ya Allah , 
aku sabar je dengan kau noksss . Cakap pasal kawan , 
sumpah aku down gila . Entah kenapa . Perasaan aku dah 
macam variasi . Hati aku dah immune . Macam macam orang 
buat kat aku . Maki aku la . Marah aku depan depan la . 
Malukan aku la . Tapi aku boo layan je . Sebab apa ? Sebab 
aku malas nak ambik tau lagi . Tahniah kepada kau sebab 
berjaya buat aku jadi heartless gila . So after this , kalau 
aku tersakitkan hati kau , kau jangan melenting atau terasa 
bagai la ye . Sebab , SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA KAU . 
Aku dah lama sabar . Dah lama sangat aku pendam . Makin 
lama aku pendam , aku takut jadi dendam . Manusia pemendam 
ialah manusia pendendam . Aku tak nak jadi macam tu . Tapi 
aku tahu , sebagai manusia , tak baik nak berdendam . Tak 
baik nak bermusuh . Alhamdulillah , aku masih tahu semua tu . 
By the way , aku tak suka nak cari musuh . Tak suka . Tapi 
musuh yang cari aku . Haha . Gila famous ah aku kan . Actually , 
aku tak tau la apa salah aku , kat mana salah aku dan besar 
mana sangat la salah aku . Aku serious tak kisah kalau aku 
buat salah . Sebabnya aku sedar kalau aku buat , aku sendiri 
akan pergi mintak maaf dekat orang tu . Mungkin . Walaupun 
hakikatnya aku bukanlah seorang yang berani . Orang kata , 
kalau tak buat salah tak payah terasa . B****h . Kalau tak 
buat salah , mestilah terasa . Dah benda yang kita tak buat , 
orang tuduh kita pulak , bapak ah . Terasa gila kot . Satu lagi 
jenis aku , kalau aku terasa dengan orang , aku takde ah nak 
post kat status kat Facebook . Nak bagi satu dunia tau . Apa 
cer tu ? Kau nak publisiti murahan ke ? Kalau kau nak , bukan 
dengan cara keji macam ni . Guna cara baik sikit . Cara yang 
boleh orang pandang positif pada kau . Bukan dengan cara yang 
orang tengok kau lebih teruk daripada orang yang kau kutuk tu . 
Ludah ke langit , jatuh atas muka sendiri . Sumpah geli doe . 
Kau ingat , kalau kau tulis status yang ada perkataan F**K , 
L***R , orang akan respect kau ? Oh tidak , you will not get 
other people honour . But what you will accept is just other 
people judge you . Kau tak suka orang judge kau kan ? Kau 
tak suka orang cakap benda benda yang tak elok pasal kau 
kan ? So , jangan buat macam tu . Jangan malukan diri kau 
sendiri . Jangan rendahkan maruah diri kau . Dan yang paling 
penting , JANGAN BUAT ORANG HILANG RASA HORMAT PADA 
KAU . Dalam hidup aku , aku tak suka benci orang . Tak suka . 
Cuma kadang kadang , aku cepat rasa terjengkel dengan orang . 
Rasa menyampah . Aku rasa , daripada aku tulis maki maki kat
status , baik aku solat . Dapat tenangkan diri dan dapat pahala 
lagi . Aku sarankan diri aku sendiri , kalau aku rasa nak marah 
gila , aku istighfar banyak banyak . Pergi ambik air sembahyang 
ke apa ke . InsyaAllah lepas tu aku okay . 

P/S : Kalau kau mahu disayangi , jadilah diri yang paling 
PENDENGAR . Kalau kau mahu dihormati , jadilah telinga 
yang paling MENDENGAR . Kalau kau mahu digilai , jadilah 
mulut yang paling DIDENGAR . Mulut kadang tunjuk kadar 
diri kau . 

BUAT KAWAN SEJATI : Terima kasih untuk segalanya . 
Terima kasih sebab pernah jadi kawan yang terbaik dalam 
hidup aku . I love you all :)

BUAT KAWAN YANG TAK SERUPA KAWAN : Aku masih 
anggap kau sebagai kawan . Tapi itu hak kau . Kalau masih 
ada rasa untuk kawan dengan aku , silakan . Alhamdulillah , 
aku masih hormat kau . Tapi jangan la macam ni , bila dah 
susah sikit , terus keluar perangai tak berguna kau tu . 

This is for you 'ANGEL' friend ;


keys off ~
as.da.name.given :)

Photobucket

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D