Sentap Hati Mak, Nak.

Orang selalu lebih peka dengan orang yang berbadan 
gemuk dan sering menggunakan bahasa yang lebih 
tak sentap untuk memberitahu betapa gemuknya 
seseorang itu atau dia semakin gemuk. Contohnya 
macam makin berisi sekarang, makin happy sekarang 
atau semangatnya badan kau sekarang noks.

Kalau kau keluarkan statement 'Gemuknya kau sekarang!'
Memang terjadinya drama "Seliparku di Bibirmu".

Sebenarnya aku nak bagitau kat sini yang sebenarnya 
bukan orang gemuk sahaja yang kita nak kena jaga 
hatinya. Orang kurus pun ada naluri sensitif. Aku selalu 
dengar orang asyik cakap,

'Ya Allah kerempengnya kau ni Jenab!,'
'Kau ni makan ke tak? Macam orang Somalia dah aku tengok,'
'Kalau ada ribut taufan mesti kau yang terbang dulu kan?,'

HAHAHAHAHAHAHA.
Ya, gelaklah puas-puas sampai jatuh jejantas.

Jadi gemuk salah, jadi kurus pun salah.

Lagi-lagi kalau mereka ni keluarkan statement depan 
orang ramai dengan niat konon nak bergurau tapi 
sebenarnya dia dah tertikam hati aku paling dalam. 
Ouch. This is shizzz.

Aku dah memang baka gemuk plus pendek. Kau 
pergilah tengok mak bapak aku. Dua-dua rendah 
plus comel gila. *ini kenyataan okay! Tak payah nak 
menjatuhkan air muka orang lain. Kau tahu tak, 
kalau kau tak nak diri kau cedera, jangan cederakan 
orang lain. Macam tu la jugak air muka. Kalau hari 
ni kau jatuhkan air muka dia, esok lusa, kau akan 
rasa benda yang sama kawan. Macam benda yang 
kau ludah, tiba-tiba jatuh balik atas muka kau. 
Eeee, sumpah geli nak mampus!

Tak semua benda kita boleh buat gurau terutama 
sekali tentang penampilan atau struktur badan orang 
lain. Orang tu gemuk ke, kurus ke, berjerawat 
penuh kat muka ke, hidung kembang semangkuk 
ke, dia pendek ke kita tak boleh nak buat gurau. 
Sebab dah memang itu yang Allah jadikan kita semua. 
Kita kena ingat.

Aku bukanlah orang yang sensitif tahap langit ke 
tujuh tapi nak bergurau tu agak-agaklah, der. Aku 
gemuk macam ni lantak aku lah asalkan takde orang 
benci aku. Kau tak suka, kau pergilah kawan dengan 
orang lain. Aku akan jadi lebih sentap kalau orang 
lelaki yang dok mengomen. Kalau sekali dua cakap, 
okay la. Terima lah. Kalau tiap kali jumpa cakap 
benda yang sama? Tak bernanah telinga aku ni 
dengar? Rasa nak msndsdsjddkjjh dekat dia je!

Damn.

Haaa, kan dah carut.
Walaupun damn bukan dalam kategori carutan.
Aherherher :s

Dalam hidup ni, ada benda yang kita boleh buat gurau.
Ada benda yang lebih baik kau pergi jahit mulut kau.

Lega.


keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D