*berfikir*

You may be surprised that someone in your life is NOT WHO THEY SEEM and not who they say they are .


Saya tahu . Terima kasih 'Your Trusted Friend.'



Ini dunia masing masing mahu mengaku kepunyaan . Masing masing nak 
nampak putih suci pada mata orang . Masing masing nak nampak flawless . 
Masing masing laparkan namanya disebut sebut orang . Masing masing nak 
diri dijadikan berhala sembahan . Dijadikan bahan doa sebelum tidur , 
dijadikan permintaan untuk dimimpikan , sampaikan rasa terdesak untuk 
berperasaan dimahukan . Bila yang permata bercampur dengan kaca , 
kau kena jadi jauhari dulu baru boleh mengenal manikam . Sungguh !


Nak menjadi jauhari , it's takes a long process , dear darling . Kebijaksanaan 
kau takkan boleh disetarafkan dengan berapa garam kau dah telan . Hari hari 
lidah kau dapat garam , satu tahap nanti , tastebud kau jadi sensitif gila . 
Kalau bab merasa , kau bukan je boleh detect apa taste yang ada , tapi kau 
siap boleh beritahu berapa cawan gula dia taruk , berapa genggam garam dia 
bubuh , etc . Keyword utama dalam process ini ialah MASA . Sila catat ye adik
adik . Tulis besar besar .


Kita tak perlu belajar untuk memahami seseorang . Percubaan itu adalah satu 
penderaan mental dan emosi . Saya tahu apa rasanya , woah , tensen gila ah 
bila orang yang saya cuma nak faham , tapi tak boleh nak fahamkan . Clueless . 
Tak ada hint langsung apa dia suka , apa dia benci , sebab kadang kadang 
benda yang dia suka , dia boleh benci . Dia adalah seseorang tanpa ada 
sebarang pembolehubah dimalarkan . Saya sedih bila kenangkan itu . Rasa 
semacam tak dipercayai , bodoh , bebal , bengap ; semua B lah . Saya nak 
fahamkan dia , supaya saya boleh elak daripada menimbulkan kebencian dia . 
Menjaga hati dia , adalah kebahagiaan saya . Dan saya gagal . Tertekan . 
Saya tak mampu . Dan sekarang , saya belajar daripada pengalaman . Daripada 
saya teka-betul-dan-salah (dan kebanyakannya salah) , lebih baik saya tak 
letak apa apa expectations pada orang . Semuanya saya gantungkan pada 
masa . Dengan tidak meletakkan sesuatu andaian pada seseorang , awak akan 
rasa lebih tenang . Ikut saja arus , kalau terjumpa buaya , harta karun , bla bla 
bla di tengah perjalanan , awak akan tahu apa nak buat . Daripada awak 
berandaian akan jumpa bidadari tengah berenang , so awak pun sibuk pakai 
hensem hensem siap dengan kasut hitam berkilat ada bintang , auwww..
tuptap , awak jumpa benda lain . Sesuatu yang awak tak expect , dan tak 
bersedia untuknya , maka , menggelupurlah awak . Dan hari seterusnya , 
awak akan minta button rewind daripada Tuhan , untuk membetulkan perkara 
yang terlepas .


Awak tak perlu belajar memahami seseorang dalam tempoh masa yang awak 
sendiri rigidkan . Orang bukanlah satu subjek yang awak boleh letakkan "4 tahun 
belajar untuk Ijazah Kejuruteraan Awam" , for example . Meletakkan limit masa 
pada sesuatu yang tak ada boundary , ibarat awak cuba nak tangkap ikan dalam 
lautan guna tombak dengan menetapkan masa 1 jam sahaja . No matter level 
berapa awak terer sekalipun menombak , hasil tombakan awak selama 1 jam tu 
takkan sebanyak orang yang memancing selama 1 tahun . Dan awak takkan 
mampu untuk terus menombak tanpa henti selama 1 jam untuk dapat hasil paling 
maksimum . Ayuh , sedarlah , kita manusia kan ? Ada rasa penat , muak dan 
bosan . Jadi , apa yang awak perlu buat ialah , belajar mengenali dia (proses ni 
tak deep sangat , just..kenal) and the understanding process will take place after 
all . Easy (to say , duhh).


Dan selepas awak kenal orang dalam hidup awak , awak akan sedar satu perkara 
ini :

Tak semua yang awak kenal , awak betul betul kenal . Tak pula yang awak betul 
betul kenal , awak patut kenal . Dan mereka yang itu , awak perlu pulangkan ke 
asal mereka . Anggap kita tak pernah kenal . Atau awak akan rasa menyesal 
kerana mengenal mereka . Daripada menyesal , saya lagi suka anggap . Sebab bila 
saya menyesal , saya akan marah (and cursing) . Dengan menganggap , saya lagi 
mudah menerima . Dan awak takkan jadi kudis dalam hati , malah saya berterima 
kasih pada Tuhan kerana menemukan saya dengan awak .


Kita bukan cerewet . Kita cuma bersikap selektif . Itu hak .


keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D