Perap dalam hati.

Kawan aku pernah cakap "Kalau hati nak buat perkasam , hati kaulah 
yang paling sedap . Berapa banyak ntah kau pendam pendam ."

Gelak .

Nak tulis itu , tak boleh , nanti hati kau terluka . 
Nak lepas ini , tak boleh , nanti kau tersentap .
Nak cakap depan depan bukan tak boleh , tapi kau ada air muka .
Nak marah tak sampai hati . Takat tarik muka paling tegang dan cuba 
kawal nada suara supaya tak terlontar high pitch bolehlah .
Kalau dah tak tahan sangat , bagi ayat simpang siur , tak faham pulak .
Bila perli sikit , tahu makan dalam pulak . 
Nak balas balik , teringat ayat mak , "Adik jangan balas orang buat apa 
apapun . Adik ni bukan boleh , keras semacam ."
Gelak . Haha . Sedikit tersentap pada ayat mak tu . Takpa , biarlah aku je 
yang tahu , apa yang aku buat . Manusia standard la , mana nak nampak 
kau baik . Kalau kau baik , mesti diselongkarnya kau sampai jumpa 
perangai kau yang sedikit busuk tu .
Paling best part manusia ni , boleh judge orang dengan sangat pantas . 
Tengok terus blablablabla . Conclusion terus . Hebat gila laaah !

Hai hati khianat ,
Kalau kau seekor ayam , dah lama aku tangkap kau , dah carik bulu kau 
hidup hidup . Biar kau jerit sakit sampai gila dan mintak disembelih .
Nasib baik kau manusia .
Ala , jaga hati orang bukan susah sangat pun , korbankan hati sendiri je .
(urut dada)

Tuhan , kuatkan hati ni . Pelihara hubunganku dengan makhlukMu . Dengan 
diriMu . Kuatkan aku .

Alahai ,
Kenapalah lepas satu , satu ?
Kenapa tak lepas satu , dua ?



*cakap dalam hati*
*mata panas*



Hahaha . Pondan ah kau , Nisah . Padanlah kena buli .



keys off ~
as.da.name.given :)

Photobucket