Hati yang seksi .
Seringkali si seksi dilihat sebagai orang yang hidup dalam
dunia sendiri . Merpati yang jinak tapi bila didekati terbang 
menjauhi . Mungkin juga biasanya dia lintah yang tahu 
mencari darah , diberi betis , takkan lari dari melekap 
dan disedut darahnya sampai biru mati . Dilihat sebagai 
orang yang tahu apa mahunya , dilihat sebagai orang yang
berani dengan dirinya , tidak memerlukan tetapi diperlukan , 
dilihat rebel pada peraturan dunia tetapi patuh pada arahan 
diri . Yang pastinya si seksi tahu memanipulasikan kekuatan 
diri , dan sentiasa mahu dipandang , walaupun diberi
pandangan paling hina sekalipun .

Itu perihal orang seksi yang tidak disubjektifkan . Tidak perlu 
ada yang terasa hati,mahu memangkah atau mahu menambah , 
ini cuma introduction yang tidak mahu dimulakan .
Hati seksi , begini mungkin :

Hati yang seksi bermakna hati yang tidak terlalu didedah , 
tidak pula terlalu berkerudung . Yang terlihat cuma atas 
bawah yang menghampiri garisan horizontal paling tengah . 
Dan hati seksi nilainya tidak setara dengan penilai yang 
berbeza . Tertutup , dikira terlalu naif . Terbuka , dikira 
terlalu daring . Makanya , hati seksi tidak boleh ditakrifkan 
dengan makna yang standard .

Hati seksi mungkin sebenarnya hati yang masih dilambung 
lambung pertanyaan . Hati yang belum tahu apa kemahuannya . 
Hati yang tidak mahu bersikap keterlaluan . Hati yang tidak 
mahu sesuatu yang penuh , tidak pula mahu sesuatu yang 
kosong . Hati yang cuba bersikap berhati hati , tanpa mudah 
didayung ke kiri ke kanan . Hati seksi ialah hati yang penuh 
persoalan , tapi tak pula mahu dikenyangkan dengan jawapan . 
Hati seksi ialah hati yang terlalu banyak dilukakan . Hati 
yang punyai parut parut dalam tetapi tidak melintang , lantas 
masih boleh di concealkan dengan apa reaksi sekalipun . Hati 
seksi hati yang tidak membenarkan dirinya ditelanjangkan 
sebulatnya kerana risau , parut dalam yang dilindung selama 
ini , kelihatan , dan sang manusia yang terlihat akan 
memandangnya sebagai hati yang mudah ditembusi lagi . 
Begitu juga , hati seksi tidak mahu sesekali dituduh terlalu 
bersikap denial , terlalu konservatif dan cuba men-tempurungkan 
diri dalam segelap cahaya yang ada . Hati seksi hati yang 
sentiasa mahukan pendiriannya diperbetulkan , tidak pula 
dipatahkan dan diganti dengan pancang baru seolah dia cuma 
manusia yang reti angguk dan membenarkan tahunya dilibas 
sampai habis dan dijadikan dia seorang yang menjadi 
kemahuan orang . Hati seksi hati yang ingin sekali dimengerti , 
bukan sekadar dengan kata , tapi tindak . Kata hanya untuk 
telinga . Dan hati cumalah si pekak yang terbutakan mata , 
tapi sense nya masih berupaya untuk mengenal mana 
manikam , mana si penikam , cuma tersayang sekalinya , 
hati seksi terlalu bodoh untuk menjatuhkan hukuman , dan 
sering membiarkan sampah sampah berlagak seperti permata , 
dan dibiarkan dirinya menjadi kain pengelap semata , hingga 
saat dia lapuk dan sedar , dia sudah terlalu terlambat untuk 
diselamatkan . Dialah hati seksi yang seringkali diperlakukan 
seperti bodoh , dan mengiyakan supaya hati hati lain senang
senang sentiasa .

Tiada hairan sekalipun jika hati seksi sering menangis pada 
hujung hari dan lelap dalam basah yang kering bila terbukanya 
mata . Biasa .

Hati seksi bukan hati yang tamak , tapi cuma hati yang tidak 
terlunas kemahuannya . Dan hati yang seksi selalu lupa , 
kemahuannya satu , tetapi tidak berpintu . Gelisahlah dia 
sehingga dia letih . Biarkanlah dia seperti itu . Selalu .


keys off ~
as.da.name.given :)
Photobucket

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D