Sempurna tetapi bukan kemahuan.

Tengok gambar _______ , buat aku terfikir , celah mana dia kurang 
sampaikan diceraikan ? Rasa macam dia sempurna dah . Okey fine , mungkin 
perangai dia ke , hape ke kan . Tengok pula gambar si _______  , apalagi yang 
tak cukup sampai husband dia menduakan dia ni ? Hmm , mungkin dia tak 
pandai sangat masak kot , takpun dia dah ada wrinkle kot , takpun sebab 
dia tak mampu memberi anak kembar bermata biru kot ? Hatiku mula 
membabibuta .

Setelah dibelek dengan mendalam aku rasa , sebenarnya yang kita mahukan 
bukanlah seseorang yang sempurna . Tetapi seseorang yang serasi dengan 
kita , supaya kita rasa lengkap , dihargai dan menghargai , dan berfungsi .

Ah , aku tak nak setakat jadi wallpaper pada laptop , boleh ditukarganti . Aku 
nak jadi keyboard . Can you live without a keyboard ? Mestilah tak bolehkan , 
unless lah kau guna touchscreen ala ala sebok je nak gah dekat sini tauu .
Example jelah , sape nak jadi keyboard , hesh .

Contohnya , kau mestilah tak nak bila perkenalkan diri je , "Oh , you ni wife 
pada Datuk Dr Tengku *nama seketul , pangkat berjela* kan ?" Mula 
memanglah macam kembang kempis wahh laki aku glemer kauu , tapi 
bila lepastu persoalan diajukan seperti dunia ini berputar pada paksi laki 
kau je , mestilah kau rasa macam "Ye , ada apa apa lagi nak tanya , saya ni 
setiausaha kehormat husband saya , tanyalah , kalau tak boleh jawab harini ,
tomorrow never dies ." Ini seperti melukut di tepi gantang , semut di tepi 
cawan milo , sampah diluar tong sampah okay gila .

Lepastu laki kau pun macam acuh tak acuh je dengan kau sebab kau 
dengan dia tak share minat yang sama , kau minat main DOTA , dia suka 
main Barbie . Kau suka Inul , dia suka Maher Zain . Jadi kau nak bergoyang 
punggung dengan siapa ? Kau suka Google Chrome , dia suka si eh-wujud-
lagi ke , Netscape . Berbeza . Persamaan korang hanyalah "Kami saling sayang 
menyayangi ."  Tapi atas dasar apa ? Mestilah ada relevannya kan ? Takkanlah ,
sayang sebab SAYANGLAH ! Itu kedengaran confused sekali . Bonda pernah 
berpesan , cari seseorang bukan yang "Entah , hati dah sayang.." kerana 
alasan sebegitu takkan boleh bawa ke Jordan , Bali okey tak , maksudnya 
tidak ke mana . Sebab kadang kadang kita selalu confuse antara sayang ,
minat , suka dan sebagainya . Jadi bila sayang , kita kena fikir , kenapa kita 
sayang dia , logik ke , layak ke , relevan ke , sebab alasan tulah yang kita 
akan guna untuk teruskan hidup dengan dia . Macam lepas kahwin nanti , kau 
mendapati laki kau seorang penyibuk di tempat kerja , eh , seorang yang 
sibuk pembetulan , tapi lepastu kau mesti nak pujuk hati kan , so , alasan 
yang kau dah create sebelum kahwin tulah yang kau akan gunakan untuk 
bagi jiwa terubat . "Walaupun laki aku sentiasa sibuk , tapi dia tak pernah 
miss solat berjemaah dengan aku ." CONTOH . Kalau tak ada alasan , nanti 
kau akan terhuyung hayang cari apa kebaikan dia ni , macam tak ada je , 
ceh , sebelum kahwin kau nampak bulan bintang je ye , baru sekarang kau 
nak nampak lalat , langau semua ? Terlambat .

Eh , aku belum berkahwin . LOL . Walaupun rasa seperti tidak berkelayakan ,
tapi bukan cikgu pun boleh mengajar maa . Bukan chef pun boleh bagi resepi 
maa . Kan ? Kan ? Ini untuk peringatan kepada diri sendiri yang selalu sangat 
lemas di lautan . *haih lempang kau kang Nisah asyik nak bermadah berhelah 
je ni .

Tengok budak budak tak datang bulan dah pandai berkapalselam buat aku 
banyak berfikir . Tapi tak boleh fikir sangatlah sebab ada je yang berkapal 
sedari kanak kanak akhirnya ke liang lahad (advance kauu) . Jodoh kan ,
mana tau . Tapi oleh sebab taktahu , kenalah pura pura macam tahu , sebab 
kalau boleh tak naklah nanti jadi macam rujuk perenggan pertama .

keys off ~
as.da.name.given :)

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D