Kadang-kadang, aku suka cari something. Apa yang aku ada
tapi orang lain tak ada. Aku suka begitu. Aku suka jadi lain
daripada yang lain. Dan tipulah kalau kamu tidak berperasaan
begitu, bukan? Jadi, aku sama seperti kamu, dan kamu sama
seperti aku. Aku masih lagi sama dengan orang lain. Dalam
permainan ini, aku dah kalah. Tapi tak mengapa, aku cuba
cari. Aku cuba cari dan aku masih lagi akan cuba mencari,
tak salah kan?
Bila aku penat, aku berehat. Dan aku mula memerhati
sekeliling. Gelagat manusia, berlainan rupa, berlainan gaya.
Toleh kanan, sekumpulan budak yang kebanyakannya berjaket
kulit, skirt, dan lutut yang sememangnya tidak lawa. Mereka
nampak happy. Mereka bergelak ketawa.
Toleh kiri, sepasang couple. Nampak indah, mereka mungkin
sekali sedang bercerita tentang apa yang mereka rasa, mereka
kongsi. Setiap perkataan yang disebut dan setiap sentuhan yang
ada, terasa hangat dan indah. Ketika bercinta, semuanya indah
bukan?
Toleh depan, seorang demi seorang lalu. Wajah mereka, nampak
kosong, nampak murung. Ada juga yang senyum. Ada juga yang
seperti terkejar-kejar.
Dan aku mula berfikir, melihat mereka, mencerminkan diri aku.
Aku sama sahaja. Kadang-kadang, dalam sesuatu waktu, aku juga
akan mempamerkan wajah-wajah yang mereka pamerkan.
Kita manusia tak banyak beza, kan? Kita persoalkan semua yang
terjadi. Kenapa aku tak jadi macam dia? Kenapa aku tak dapat ini,
tak dapat itu. Kita mula rasa hidup ini tak adil. Kita mula persalahkan
Tuhan. Tapi pernah kita fikir tentang mereka yang jatuh teruk
daripada kita? Pernah? Kita manusia. Kita hamba. Kita akan sentiasa
jadi hamba. Badan ini hanya sementara. Segala-galanya hanyalah
sementara, bukan? Mungkin aku tak layak untuk mengatakan ini
kerana aku sering terlupa. Dan aku tahu kau juga sering terlupa.
Jadi, tak salah kan untuk saling mengingatkan?
Saya pon nak ikut dia toleh kiri kanan depan belakang lah...
ReplyDeleteWink2 :)
Jom cuci mata di sini : Koleksi Kain Pasang Terbaru Tapi Terhad Yee!
hai awk.. saya suka header awak.. background awk pun cumey! dot dot dot
ReplyDeletedone follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/