Siapa kata nak jadi kuat tu senang?
Siapa kata nak jadi kuat tu mudah?
Siapa kata?
Beritahu aku.
Aku perlukan kekuatan sekarang.
Kekuatan.
Ianya tidak terdapat di gerai-gerai di tepi jalan.
Ianya tidak boleh disedut daripada manusia lain.
Ianya tidak pula muncul saat kau memerlukannya.
"Aku kuat."
Satu ungkapan yang penuh dengan penipuan.
Satu ungkapan yang kononnya segala kesedihan
dapat disembunyikan dengan senyuman.
Satu ungkapan yang kau tunjukkan pada seluruh
umat manusia bahawa kau sebenarnya bukan
seorang yang lemah.
Bukan lemah.
Tapi kuat.
Kekuatan itu bukan macam menang loteri.
Kekuatan itu bukan sistem barter antara manusia.
Kekuatan itu bukan barang untuk dijual beli.
Aku baru sedar,
kekuatan yang aku cari selama ini memang payah.
Tak semudah ABC.
Tak sesenang mengira 123.
Tidak.
Doa.
Itulah kekuatan yang sebenarnya.
Kerana apa?
Kerana bukan manusia yang berikan kau kekuatan,
tapi yang di atas sana.
Yang Maha Mendengar segala rintihan kau.
Yang rindu akan rintihan kau kepadaNya.
Yang selalu kau lupakan bila kau senang,
tapi kau menangis meratap bila kau memerlukanNya.
Ironinya hidup ini.
Sahabat,
aku juga insan yang lemah.
Aku diuji dengan banyak perkara.
Sampai satu tahap aku hanya mahu tamatkan
riwayat hidup aku.
riwayat hidup aku.
Nauzubillah.
Tapi, apabila aku cari hikmah di sebalik semua
ujian ini, aku sedar aku punya Allah yang sentiasa
menjaga aku 24/7.
Yang tidak pernah tinggalkan aku walaupun
sesaat.
"Allah pandang kita setiap masa.
Tapi bila kita sakit, kita baru nak pandang Allah. How
ironic."
(Specialist, 2013)
A very touched reminder.
Indeed.
like this entri :)
ReplyDeleteThank you :)
ReplyDeleteIzinkan akak share ye dik...:-)
ReplyDelete