Muhasabah diri.



"Hidup ini bukan milik kita sepenuhnya." 
(Mufidah Mohamed)

"Everything is on loan. Nothing belongs to us including our own life. Allah owns everything." (Uncle Johan)

"Jangan katakan umur masih muda, masih banyak kesempatan. Tetapi renungkanlah ramai anak kecil yang dikuburkan. Bersedialah untuk mati kerana mati tidak mengenal usia tua ataupun muda. Persiapkan diri dengan amal soleh untuk bekalan masa hadapan." 
(Syair Arab)

"(Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan (di atas dunia ini), buat menguji siapakah dalam kalangan kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." 
(Al-Mulk: 2)



Mati tak mengenal usia. Mati juga tak kisah di mana. Yang penting bila waktunya tiba, 
sesaat pun takkan dapat dilewatkan mahupun dipercepatkan. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Sesungguhnya kematian itu semakin menghampiri kita.Hargailah denyut nafas yang dipinjamNya. Sampai masa, kita akan kembali juga kepadaNya. 
Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan untuk bertemu Ilahi.


#PrayForMH370