Hidup dan hirup.




Hidup macam satu perjalanan. Kena rancang, sebab jalan tak semestinya rata. Kejap berlubang, kejap jammed tak gerak-gerak. Mesti bijak buat keputusan.

Hidup macam main dart. Nak tuju kena fokus. Kena tahu sudut tangan. Kena tahu rintangan angin. Rasa semua guna deria persekitaran. Peka.

Hidup macam pilih tempat makan. Kena tahu apa yang berbaloi. Kena kira feedback pasal kedai tu. Kena cuba tempat baru. Kena tahu diri. Tepat dengan selera.

Apa pun, hidup masih macam roda. Berlagak macam manapun kita, ada masa bagai dipijak. Jangan sombong macam tak ada Tuhan. Hati baik, Tuhan sayang. Bagi taik, lambat laun jilat balik. Tak kita, keluarga kita. Roda kan?

'Life' is a strong word for me.