Fatal.


Hati dia itu umpama daun kering yang diterbangkan
sang angin pada musim luruh.
Dua hari lepas, hati dia gugur satu persatu.
Satu demi satu jatuh ke tanah.
Buat keseratus dua puluh tujuh kali dia rasa begitu.
Membongkok dia sambil mengutip keping-keping hati 
dia satu persatu.
Perlahan-lahan dia cuba cantumkan kembali.
Akhirnya ada bentuk hati yang kembali terbentuk.
Walau ada kesan parut dan luka yang tak bisa dia padam, 
namun bentuknya masih lagi menyerupai hati.
Dia mulai sedar, hati yang mempunyai parut itu masih 
lagi diterima oleh Sang Penciptanya.
Lalu, dia kembali mencari Penciptanya;
Yang mana tak pernah sekali pun dia ingat ketika senang,
tetapi tercari-cari apabila dirundung kesedihan.

Maaf. Khayalan aku akhir-akhir ini fatal. 
Permisi.