Arwah Adik Yasmin J Hunwick.



*Gambar ihsan Google


Sebuah syair Arab ada menyebut,

"Jangan katakan umur masih muda, masih banyak kesempatan. Tetapi renungkanlah ramai anak kecil yang dikuburkan. Bersedialah untuk mati kerana mati tidak mengenal usia tua ataupun muda. Persiapkan diri dengan amal soleh untuk bekalan masa hadapan."




*Ini hanya cerita personal antara aku dengan arwah. 
Post ini di-publish kerana aku rindu arwah. Rindu sangat.

Aku pernah mengenali arwah. Tapi aku kenal arwah bukanlah lama. Aku mengenali arwah melalui laman sosial, Tagged. Tak lama aku kenal arwah. Tapi aku sempat berbual dan bertanya khabar dengan arwah. Aku pernah beberapa kali bersembang dengan arwah melalui telefon. Aku tak punya bukti bahawa aku pernah mengenali arwah. Satu-satunya benda yang aku ada adalah nombor telefon arwah. Aku masih simpan sampai sekarang. Aku tak pernah rasa nak delete nombor tu. Aku rasa, itulah satu-satunya kenangan dengan arwah yang aku ada, meski pun itu hanyalah nombor telefon. Aku tak tipu. Aku tak cakap kosong. Memang aku ada simpan nombor arwah lagi.

Perkenalan yang singkat, tapi sempat juga mengenali arwah dengan lebih dekat. Ada satu ketika, aku rasa macam arwah ni adik kandung aku sendiri. Our bondings are incredibly amazing. Rasa macam sangat rapat. Macam the real siblings. 

Dulu, aku pernah cuba menghubungi arwah beberapa kali, tapi tak ada orang jawab. Aku juga cuba menghantar beberapa message tapi tidak berbalas. Aku rasa, mungkin waktu tu arwah tengah busy. But then, kami banyak spend time together through Tagged. And, kami pun banyak bersembang dekat Tagged instead of phone sebenarnya. 

Arwah sangat baik orangnya. Peramah. Lemah-lembut. Elok budi pekertinya. Seindah namanya, Yasmin. Yasmin bermaksud bunga melati. Bunga yang sangat harum. Haruman yang takkan hilang sampai bila-bila meski pun bunga tersebut sudah layu atau mati.

Kepada insan-insan yang ada bercakap buruk mengenai arwah, sudah-sudahlah. Berhentilah. Bawalah bertaubat. Kalau kita tidak mengetahui cerita sebenar, jangan sesekali menghakimi. Cari kebenaran. Jangan sesekali memfitnah. Fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. 



Keratan akhbar Harian Metro


Aku sayang arwah adik Yasmin. Sayang macam adik sendiri. Thats why aku terkejut sangat bila baca newspaper then ternampak nama Yasmin J Hunwick terlibat dalam kemalangan ngeri. I couldn't believed that. Aku rasa macam baru semalam aku kenal dia, both of us share stories and everything, but then tetiba aku dapat berita sedih tu dalam sekelip mata je.

Benarlah orang cakap,  mati tak mengenal usia. Dia juga tak kisah di mana. Yang penting bila waktunya tiba, sesaat pun takkan dapat dilewatkan mahupun dipercepatkan. Kita tak tahu bila kita akan mati. Aku selalu terfikir, bilakah aku akan mati? Bagaimana keadaan aku mati? Fikiran-fikiran sebegini membuatkan aku kadangkala merasa ngeri. 


"Everything is on loan. 
Nothing belongs to us including our own life. 
Allah owns everything!" 
#UncleJohan

Thank you Uncle Johan for this reminder. May Allah bless you.


To Uncle Johan & Aunty Saz,
I wanna meet both of you one fine day.
InsyaAllah.
Please be strong for Yasmin.
"La tahzan innallaha ma’ana"
Jangan bersedih, Allah bersama kita.



picture taken from: Territory Yasmin J Hunwick


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi

#Aizat, Pergi

Orang kata,
patah tumbuh, hilang berganti.
Tapi kehilanganmu takkan pernah ada
galang gantinya.

Adik Yasmin,
You are strong,
You keep me going.
Thank you for the memories.

Al-Fatihah.
Yasmin Johan Eusoffe.
22/2/1995 - 3/6/2012.



If you wanna know anything about arwah adik Yasmin J Hunwick,
there you go.

Facebook: Territory Yasmin J Hunwick



keys off ~
as.da.name.given :)

Photobucket

5 comments :

  1. Semoga Yasmin d temptkn bersama dengan org2 y beriman...

    ReplyDelete
  2. same with me,, sy tak pernah kenal arwah.. tp bila sy baca2 kisah2 dia, sy rasa mcm sy dekat dgn dia dan kadang2 rindu and teringat dia. don't know why:')

    ReplyDelete
  3. Moga yasmin tenang di sana... Amin...

    ReplyDelete

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D