Takkan pernah sempurna.






Tajuk sendiri telah menunjukkan betapa 
seriusnya aku dalam menjadi diri aku. 
Aku manusia biasa.
Takkan pernah sempurna. 
Terselak cacat cela dimana-mana.

Aku punya kesedaran. 
Takkan lupa membalas budi, takkan 
angkuh menabur budi. 
Ikhlaskan hati. 
Kerana manusia biasa ini tahu mana 
harga diri.
Wujud benci dalam diri sendiri. 
Melihat cela terbiar tanpa tahu 
menyembunyi. 

Diam. 

Minta satu hari, agar manusia tolol ini 
pergi berlayar tanpa perlu menyusahkan 
manusia lain. 
Mohon ditinggalkan di pulau sendirian. 
Biar tahu sembunyi cela berbaki.

Aku bukan manusia sempurna. 
Yang mohon dimaafkan andai kata 
diterjemah tanpa hemah. 
Yang mohon diampunkan dari setiap 
perilaku salah.

Aku berusaha menjadi sempurna. 
Tanpa aku sedar, manusia tidak akan 
pernah sempurna. 
Manusia terlalu picis untuk sempurna. 
Manusia sentiasa sampah dan hina.

Aku melihat jam papan pemuka. 
Detik itu juga tidak menentukan 
bahawa aku akan sempurna. 
Aku penuh dengan cacat cela. 
Aku manusia tanpa kepala.

Aku tunduk. 
Tunduk aku kerana sedar betapa 
hebatnya kuasa Pencipta. 
Sentiasa mencipta manusia tanpa 
sempurna. 
Kerana bagian manusia itu dilempar 
sini sana. 
Biar rasa cinta membawa sempurna.

1 comment :

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D