Abah ada cakap,
"...kalau berkawan dengan 10 orang, jangan biar 12
orang bencikan kita."
Aku tanya abah balik,
"Abah, macam mana ada 12 orang yang benci kalau
kawan ada 10 orang je?"
kawan ada 10 orang je?"
Abah balas balik,
"...kalau perangai kita buruk sangat , bukan setakat
sepuluh kawan boleh benci , tapi orang yang tak kenal
pun boleh benci."
Barangkali, angka 12 tu hanyalah perimeter atau perumpamaan daripada
abah. Semua orang tahu, kawan masa senang, memang bersepah . Tapi,
kawan masa susah , pergi neraka la! Huh. *emo jap
Cliche. Aku pulak tak hadap hendakkan semua orang suka aku. Tapi kalau
tiada yang membenci itu sudah lebih daripada cukup.
tiada yang membenci itu sudah lebih daripada cukup.
Yang aku mahu pesan, ada banyak. Kalau mahu ikut, Alhamdulillah. Hak
masing-masing. Ini cuma salah satu tiket ekstra untuk masuk Syurga.
Mudah-mudahan. Mula-mula, perbaiki hubungan dengan pemilik nyawa
kau, Allah SWT. Kemudian, perbaiki hubungan dengan ibu bapa. Sebab
mereka cuma ada 2 orang sahaja sebelum kau temui 2 orang lagi ibu bapa,
iaitu mentua. Selepas itu, perbaiki hubungan sesama manusia. Yang kau
panggil kawan.
Boleh jadi, suatu masa nanti, kita boleh buat ayat cliche tadi menjadi
reversible;
reversible;
"...kawan masa senang, payah nak dapat.
Kawan masa susah, senang dicari."
Seperti biasa, I speak this to myself before I speak to anyone else.
keys off ~
as.da.name.given :)
sokong sangat entri kamu. like this! =)
ReplyDelete@Nurul Ainaa Thank you! :)
ReplyDelete