Siapa kata...

1|PEREMPUAN YANG MUDAH SILLY CRUSH INI BODOH .
Haha . Macam nak roboh rumah saya gelakkan diri sendiri . 
Nasib baik saya terer , tak gelojoh , pelahap . Punya hebat awak 
susun kata . bagi saya rasa berbunga bunga kemudian terbang tinggi 
tinggi sampai langit biru , kemudian berlari ke langit dengan 
hati kembang . Saya suka mengatakan yang saya tak akan sama 
sekali memalukan awak , walaupun awak bercerita palsu tentang 
sesuatu yang saya sangat expert . Saya akan angguk dan tunjuk 
muka impress gila . Itu sahaja . Tapi awak lupa , saya ni ada 
instinct yang baik , a good stalker dan sangat terer untuk merelatekan 
sesuatu .  *ayat psycho kahkahkah*
bye , bye awak , si penipu , talam dua muka , hipokrit . Awak si busuk , 
perempuan bijak suka play dumb , tolonglah jadi a bit observant . HAHA .

2|PEREMPUAN BANYAK SIMCARD = BANYAK LELAKI .
Ayat ni dah macam satu fakta pulak . Bila orang tanya pasal nombor 
telefon dan saya jawab , "maxis?celcom?digi?". Terus orang bulat bulat 
mata , nampak sangat fikir bukan bukan . Pada yang kurang sopan , laju 
saja mulut dia "Ni mesti banyak pakwe ni..", terasa macam nak selotep je 
mulut tu . Awak , simcard banyak bukan tandanya banyak lelaki . Ataupun 
banyak duit . Tapi nak memudahkan semua pihak , tak adalah duit saya 
terbazir dan duit awak yang pakai line lain tu terbazir juga . Membazirkan 
amalan syaitan . Betul tak ?

3|PEREMPUAN CANTIK = PISAU CUKUR .
Hahaha . Confirmlah saya tak terasa . Saya kategori perempuan kacak .
Tapi saya nk cakap bagi pihak Perempuan Cantik . Tak adil sebab nila 
setitik rosak susu sebelanga . Terus awak label saya perempuan materialistik 
padahal belum ada sesen pun duit awak saya sentuh , mustahil sungguh 
sebab saya ambil bau pun tidak lagi . Kenapalah awak sumbatkan kat telinga 
saya cerita awak beli itu ini blablabla dan penuhkan profile awak dengan gambar 
kereta lamborghini warna pink konon konon hadiah untuk seratus hari perkenalan , 
duit berkepuk kepuk , dan kad kredit berlonggok longgok serta menghantar 
mesej perkenalan "Hai , awak yang jelita di sana , dalam kereta Nissan FairLady
berharga $1,700,000 . Saya ada satu tempat duduk disebelah pemandu yang 
masih kosong , dalam rumah saya ada katil california king size 72" x 84" yang 
memerlukan seorang lagi untuk bergolek golek di atasnya , serta di dalam akaun 
bank saya , duit duit menjerit untuk digunakan oleh seseorang gadis seperti 
awak . Sudikah awak wahai si gadis cantik ?
TAK SUDI .
Mesti awak fikir nafsu gajah betul perempuan ni , entah apa lagi yang dia mahu ,
padahal perempuan tu cuma mahu KASIH SAYANG paling ultimate yang tak berbelah 
bahagi bukannya title isteri keempat awak tu . Busuk ! Pergilah jauh jauh . Bau duit awak 
tu kuat sangat , sampai rasa pening nak termuntah . 

keys off ~
as.da.name.given :)

3 comments :

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D