Spare a mind for people feelings , peeps .

Boyfriend kau hengsem . Selalulah orang pandang pandang , pasang niat nak kenyit 
mata kasi boyfriend kau terjerumus sujud ke kakinya . Takkanlah kau sikit pun tak 
sentaps . Tapi kau tak naklah nampak loser sangat , sampai nak sound dia direct 
"Abang jangan berani berani nak pandang perempuan lain" , maka kau mengambil 
sedikit inisiatif . Next dating , mesti kau pakai baju lawa lawa , mekap lawa lawa , pakai 
minyak wangi bagi boyfriend kau bergelora kat kau seorang je . Goda sikit sikit bagi 
boyfriend kau macam kena pukau dengan kau je , sampaikan Amber Chia berdiri depan 
dia , dia boleh tolak "Weh ketepilah si buruk rupa ! Aku nak tengok awek aku ni ! " 
Maksudnya disini , kau akan berikhtiar untuk prevent sesuatu daripada berlaku , dalam 
kes ini , boyfriend kau tertarik dengan objek berlekuk yang lain , selain kau , dan 
mengelakkan gadis gadis , dan pon pon , gay gay sekalian nak potong line pun 
bermuhasabah diri , dan menyedarkan diri , "Hesh , lawalah awek dia , sepadan , tak 
naklah mengurat , konpem kena reject sebelum dipandang ."


Patut ke kau panggil perempuan tu paranoid , dumb , etc ? Aku rasa kalau kau yang 
duduk tempat dia , confirm kau pun menggelinjang panas . Cakap je brader , semua 
orang boleh . Meh sini duduk dalam kasut . Baru tahu bacin tak bacinnya .


Aku sangat terirritasi dengan keadaan begini , walaupun wataknya bukanlah aku , 
tapi aku macam termenghayati watak , macam tiba tiba explode , macam rasa nak 
carik pasal , macam rasa nak putuskan persahabatan , macam berbagai bagai hasutan 
bagi syaitan dalam diri membiak biak menguasai diri supaya marah . Aku memang 
ada high intolerant dengan orang yang suka melabel labelkan orang tanpa rasional ,
yang senang hati suka suki duniawi judge orang , yang suka downkan orang . Aku 
boleh accept kalau benda tu relevan , macam perempuan tu tiba tiba jeling semua 
perempuan di dunia termasuklah ibu kandung si boyfriend , ataupun kepal boyfriend 
sampai jadi sekecil bola bola sotong simpan dalam kocek sebab nak jauhkan daripada 
ancaman perempuan lain , so , kalau nak cakap dia keterlaluan ke hape ke , confirm 
aku join enam kaki (suspek kau Squidward ada tentakel ?) . Tapi did she do wrong ? 
No .


Kalaupun kau tak suka benda yang bermaksud tersirat ni , kau kena terima bahawa 
kau sedang duduk di dunia dengan manusia , bukan bersama sekawanan lembu .
People need to treat you nicely like 'Yes , ma'am...' , tapi cara kau treat people ? 
Dung ! Dung ! Dung !


Bersangka sedikit baiklah kawan , contoh kalau kau tengok dia pasang padlock pada 
handbag dia , bukan sebab nak bagitahu EH HANDBAG I NI HARGANYA SAMA MACAM 
HARGA RUMAH YOU TAU , mungkin dia berbuat sedemikian sebab dalam beg ada duit 
riban riban nak sedekah ke masjid ke hape ke , janganlah terus senang senang nak 
condemn orang . Tak bagus tau . Nanti jadi macam aku , dah tua , lambat sangat nak 
tersedar diri ,l epastu asyiklah mengenang dosa silam . Tak menarik tauu . Samalah  
jugak macam blog , kalau dia pasang widget copyscape plagiarism checker , bukan 
sebab nak bagitahu BELOG I HOT , NANTI RAMAI ORANG KOPIPES , tapi sebab weh , 
spender kau , kau nak ke orang lain pakai ? Macam orang letak gambar kat blog siap 
watermark nak lindung daripada dicuri , kau tak boleh cakap , kalau taknak kena curi 
tak payahlah letak kat blog . Mana aci brader cakap macamtu . Tak relevan namanya . 
Habis tu cuba kau ada motor , tapi sebab kau takut eksiden , kau pun duduk dalam 
rumah dan tak nak keluarkan motor walaupun dari pagar sekalipun sebab nak avoid 
eksiden , boleh ke ? Sebab tu la kena ada prevention . Kau tak boleh elak daripada 
keluar rumah , jadi kau kena prevent daripada jadi mangsa eksiden dengan pakai 
helmet , pandu di lorong yang betul , etc . Got it ?  


Ini suatu mekanisme mempertahankan diri . Sama ada kau lindungi sesuatu which  
obviously nampak kau bersikap melindungi , ataupun kau gunakan sedikit karisma 
pada diri untuk men-saiko persekitaran . 




Contoh :


Ada kuih atas meja , siap bertudung saji dan bertulis , JANGAN CURI SIAPA CURI ANAK 
DIA JONGANG . Serta , ada budak tambun duduk peluk tudung saji sebagai penjaga .


Lepastu kau pun akan faham , oh , ini hak orang , tapi eeee annoyingnya nak jongang 
jongangkan anak orang ! Esok anak kau jongang baru tau ! Kuih je ponn , tu siap nak 
jongangkan anak orang . Lebih lebih pulak !
HELLO AWEK , KALAU KAU TAK CURI , TAK PAYAHLAH NAK PISSED OFF AH .




Contoh :


Ada kuih atas meja . Ada cawan berisi teh . Orangnya entah mana mana pergi entah .


Tapi secara automatik kau akan berfikiran , oh ini harta orang , tak boleh makan , ni 
siap ada air teh lagi ni . OKEY FINE , AIR TEH TU SEBENARNYA AIR TEH SEMALAM ,
SAJE LETAK BAGI KAU BERPRASANGKA BAIK . Yakni , kau akan blah begitu saja , 
tanpa meninggalkan sebarang kata yang membawa kudis buta pada hati .


Nampak tak mekanisme nya bagaimana ? Tapi sayangnya , dengan bersikap tidak 
terlalu tertonjol pun orang akan bersungguh sungguh nak label kau . Mana kasih 
sayang beb ? Aku yang biadap lagi kasar lagi tidak bertoleransi ini pun ada certain 
part boleh berfikiran seperti manusia , bagaimana anda tidak ? Anda sepatutnya 
menjadi idola aku tau . Haish , hilang hala tuju dah bila takde idola ni .
(terkapai-kapai..ku kelemasan...sakit dilambung ombak OKEY SEMPAT KAU 
MENYANYI YE AINA !)


Get serious . Ahem .


Sama juga dalam hal begini :




"Eh , ade jerawat kat hidung !"


Perlu ke statement begitu ? Kau fikir dia tak notice ke atas hidung DIA ada jerawat ? 
What purpose kau buat statement begitu ? Kenapa , tak sesuai kat hidung ke ? Ada 
tempat lagi better , kat pipi , dagu or even aaaaah , kat lidah kau . Begitu ? Tak perlu 
kawan , tak perlu . Nampak dan tutup mulut . You are not perfect neither , well , who 
doesn't ?




Banyak lagi,kalau aku karang , mahu sehari kau duduk tanpa masa depan . Fikirlah ye , 
usia bertambah , otak kena evolve sekali . Aku pun sedang meng-upgrade mentaliti , 
berharap sooner dapatlah berbudi pekerti mulia . Benda benda macam ni nampak remeh ,
ye remeh , remeh sampaikan orang yang ada jerawat atas hidung tu sanggup batal pergi  
interview sebab hilang keyakinan , boleh ke kau cakap ini remeh ? You have spoiled 
someone's future . Feel bad of yourself people . You deserve it .




Oh btw , I LOVE SARCASM ^.^

keys off ~ 
as.da.name.given :)