Ex BF , Teman Wanita Kau Cemburu 
Baca Blog Aku ? 

Aku cakap kau bodoh boleh ?

Sungguh aku ketawa riang .

Adakah mungkin kau begitu rasa tidak selamat hingga perlu 
membaca setiap perkara yang berkaitan dengan aku sehingga 
begitu sekali ? Ya , blog aku sememangnya berkisar tentang hidup 
aku , apa yang aku lalui setiap hari , tetapi adakah kau tahu yang 
bukan semuanya aku humban ke dalam sini ?
Senyum nampak gigi .
Kau mula rasa sakit hati ?
Gigit bibir sampai nampak gusi .

Gadis , ah tidak , kau seorang wanita .
Oh , apakah gadis sepatutnya yang aku gunakan ?
Entahlah , itu bukan satu masalah sebenarnya .
Senyum sinis (sambil ketawa - ha ha ha)

Apa yang kau takut sebenarnya ?
Apa yang kau nak curiga sehingga buat perkara yang gila ?
Sekejap , kau buat begitu kenapa ya ?
Aneh tahu ?
Ketawa .

Maaflah kalau kamu tanya tapi aku tak pernah jawab dengan 
kata kata .

Ketawa .
Sekejap , kenapa aku tulis ini semua ?
Ya gadis , aku tahu kamu akan baca . Bukankah kamu sedang 
melekat pada blog aku bagaikan lintah yang dahagakan darah ? 
Tolonglah dahagakan darah sahaja , bukan dara , boleh ?
Ketawa kuat sambil meludah .
Tepat ke tanah .
Merah .
Sarkastik sedikit pula Cik Nisah .

Ada pepatah Cina menyatakan, kalau kasut itu sesuai dengan kita , 
pakailah . Tapi aku tidak akan pakai sebarangan , begitu juga dengan 
kau kan ? ]

Kalau kau cemburu dengan aku , aku sendiri tidak mengerti 
apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku seperti aku . 
Hidup aku dengan cara aku sendiri , aku buat apa benda yang 
aku suka , yang menggembirakan aku . Dan satu benda lagi , 
aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang 
lain . Kalau orang lain bina kegembiraan atas air mata aku , 
itu aku dah pernah lalui .
Senyum .

Nota Kaki : Kau cuba biasakan diri aku dengan ayat ayat konon 
sarkastik kau ? Maaflah . Itu bukan sarkastik yang menyakitkan , 
ia melucukan sebab sarkastik bukan ayat melucah . Kau salah 
guna dengan orang yang lebih mengerti hingga membuatkan aku 
ketawa senak perut sampai ke ulu hati .

keys off ~
as.da.name.given :)

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D