Abah ada cakap : Kawan


Abah ada cakap , "...kalau berkawan dengan 10 orang , jangan biar 12 
orang bencikan kita"


Aku tanya abah balik , "Abah , macam mana ada 12 orang yang benci kalau 
kawan ada 10 orang je ?"


Abah ada balas , "...kalau perangai kita buruk sangat , bukan setakat sepuluh 
sepuluh kawan boleh benci , tapi orang yang tak kenal pun boleh benci"


Barangkali , angka 12 tu hanyalah perimeter atau perumpamaan daripada abah . 
Semua orang tahu , kawan masa senang , memang bersepah . Tapi , kawan masa 
susah . . pergi neraka la ! Huh . *emo jap

Cliche . Aku pulak tak hadap hendakkan semua orang suka aku . Tapi kalau tiada 
yang membenci itu sudah lebih daripada cukup . 


Yang aku mahu pesan , ada banyak . Kalau mahu ikut , alhamdulillah . Hak masing 
masing . Ini cuma salah satu tiket ekstra untuk masuk syurga . Mudah mudahan .
Mula mula , perbaiki hubungan dengan pemilik nyawa kau . ALLAH . Kemudian , 
perbaiki hubungan dengan ibu bapa . Sebab mereka cuma ada 2 orang sahaja 
sebelum kau temui 2 orang lagi ibu bapa , iaitu mentua . Selepas itu , perbaiki 
hubungan sesama manusia . Yang kau panggil kawan . 


Boleh jadi , suatu masa nanti , kita boleh buat ayat cliche tadi menjadi reversible ; 
"...kawan masa senang , payah nak dapat . Kawan masa susah , senang dicari"
 

Seperti biasa , I speak this to myself before I speak to anyone else .

keys off ~
as.da.name.given :) 

No comments :

Post a Comment

Spend a little of your time to comment my entry . Thanks ya ! :D