Perempuan-perempuan cantik itu , adalah 'jembalang' sebenarnya .

Adalah sangat mengagumkan bagaimana perempuan-perempuan cantik itu berjaya menguasai manusia . Datang dekat-dekat , terus melekat . Tarik perhatian sana sini , terus jadi tumpuan . Mengumpan tanpa umpan pun , masih ada mangsa boleh terpancing . Buat muka simpati , terus raih belas . Sepintas karyakan fitnah , terus didengar bulat-bulat . Dicanang satu daerah , terus mulut-mulut laju salirkan , tenggelam dunia bergema dengan cerita fiksyen dia . Sangat ternganga mulut bila kepercayaan yang perempuan-perempuan cantik ini raih , terlalu mudah , mungkin kerana paras rupa mereka berjaya menjadi kupon diskaun untuk mendapatkan rasa yakin manusia ., biarpun sebut mereka tak pernah betul sama sekali , tapi apa salahnya kan percaya pada perempuan cantik ? Sekurang-kurangnya , kalau nak dikata bengap pun , diperdaya perempuan cantik . Paling teruk kau kena bahan pun , " Oh , patutlah kau tertipu , perempuan tu cun gila . " Cuba yang perdayakan kau tu , perempuan-perempuan jongang , perempuan-perempuan yang memiliki paras bukan kelas pertama , perempuan-perempuan asli standard biasa-biasa sahaja , yang kau hanya berminat untuk dibuntingkan dan lari serta-merta , perempuan-perempuan yang cuma ada hati untuk dipersembahkan , bukan halwa mata yang mampu buat kaki kau tak jejak dunia , mesti perempuan-perempuan hodoh tu , kau kata berikan guna-guna pada kau , dan segala caci maki kau santapkan pada dia . Bukan kau yang bodoh , tak , tak sama sekali , yang jahatnya dia , yang iblisnya dia , yang ifritnya dia , iya , dialah si syaitan yang terlepas dari neraka tingkat terakhir , keluar untuk memperdayakan kau . Bukan salah kau terbodoh , kau lemah tak berdaya , dan si perempuan hodoh si iblis itulah yang berdosa . Alahai , perempuan-perempuan cantik , dunia ini memang dalam genggaman kau .


Perempuan-perempuan cantik 'itu' ,
Macam mana comel pun kau , super up-to-date , sampai fesyen yang terpaksa kejar kau , wangi dan sentiasa nampak sedap , bayang-bayang kau tetap hitam . Syurga kau , syurga aku . Neraka kau , neraka aku juga . Tak adanya perempuan cantik masuk neraka sebelah sana , perempuan hodoh masuk yang di hujung sana . Hati kau , hati aku juga . Lemah kau , lemah aku juga . Naif kau , naif aku . Licik kau , licik aku juga . Apa fitrah kita yang tak terbaca , apa yang tak terfaham ? Tunjuk . Tinggalnya yang membezakan kita , KESANGGUPAN . Sanggup menggunakan apa yang ada , tipu muslihat berjela , untuk memangkah orang . Sanggup sampaikan niat jahat dalam hati yang sepatutnya takkan tersanggup .


Perempuan cantik , apa gunanya cantik luar , kalau luar macam bangkai ?
Apa guna bibir cantik , kalau setakat untuk sebarkan fitnah dan menjala amarah ?
Sebab kau fikir , apa kau kata akan jadi benar belaka pada telinga mereka , mudahlah kau berdrama ?


Perempuan cantik yang lame . Perempuan cantik yang loser . Kita tak berkait , tapi kenapa kau buat cerita ? Nak jadi storyteller ye ? Alolo , tinggi cita-cita kau . Kalau kita watak berkait , tak adalah aku rasa ralat sangat , ini , kita macam . . errr , kita kenal ? Pelik betul , tak cukup lagi ke watak pembantu dalam hidup kau yang boleh tolong emphasis watak angelic kau ? Dunia kita dah ada separation . Kenapalah kau nak semak-samun seret aku jalan atas path kau ? Tak cukup lagi ke spotlight atas kepala kau tu ? Cakap kau sentiasa didengar , kau sentiasa dipedulikan . Rajuk kau sentiasa terpujuk . Tak cukup lagi ke ? Tamaknya lah . Tak elok tau , nanti jadi macam anjing dengan bayang-bayang . Eh , tak cakap pun kau anjing , kau mana boleh menyalak kan ? Ataupun kau rasa kau tak layak jadi loser , dan kau nak aku replace tempat kau ? Ala , cakap aje lah , kenapa nak guna taktik-taktik keji nih ? Lecehlah , bazir masa je .


Suatu hari nanti , kau akan rasa , betapa mahalnya rasa sakit yang kau beri . Suatu hati nanti , kau akan rasa betapa mahalnya rasa percaya . Suatu hari nanti , kau akan tahu betapa cantiknya kau tak bernilai satu rupiah sekali pun . Selagi mulut kau ada , gunalah . Cakap sampai bisu . Aku tahu , ada telinga yang sanggup pekak mendengarnya , asalkan kau masih mampu membutakan mata dia . Aku tak cemburu dengan perempuan-perempuan cantik 'tu' ,



Cuma aku rasa ,
Kasihan sangat .
Ish , ish . .
Sabarlah , memang susah jadi perempuan cantik . Aku tengok pun dah boleh rasa .
Biasalah , naluri wanita . Ada rasa .
*geli*





keys off ~
as.da.name.given.